Dua daripada enam penerbangan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini pada petang Sabtu terpaksa dibatalkan disebabkan jerebu.
Pengurus LTSAS, Mohd Ali Osman berkata penerbangan yang dibatalkan melibatkan laluan Johor Bahru-Ipoh-Johor Bahru dari syarikat penerbangan Malindo Air dan laluan Singapura-Ipoh-Singapura dari syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot.
"Jarak penglihatan adalah 2,500 meter setakat pukul 5.50 petang ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, 417 penumpang terjejas akibat pembatalan penerbangan pada Sabtu.
Pihak LTSAS sentiasa melakukan pemantauan keadaan semasa bersama pihak berkaitan termasuk pejabat Jabatan Meteorologi dan kawalan trafik udara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.
Pagi Jumaat, tiga penerbangan dibatalkan sebelum penerbangan beroperasi semula pada pukul 11 pagi apabila jarak penglihatan meningkat selepas hujan.
Pemeriksaan dalam portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua lima stesen di Perak adalah pada tahap sederhana setakat pukul 7.00 petang semalam.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 21 2019

Kaunter pendaftaran penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah ditutup berikutan semua penerbangan dibatalkan akibat jerebu ketika tinjauan Bernama 18 Sept lalu. --fotoBERNAMA/Fail
Lima video 'Deepfake' janaan ai berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Lima video deepfake yang menggunakan teknologi AI untuk menyebarkan penipuan pelaburan dikesan pihak polis sejak 2024.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.

Kehidupan keluarga Cristiano Ronaldo terganggu oleh siri ancaman
Cristiano Ronaldo dan teman wanitanya telah mengupah pengawal peribadi tambahan dan berpindah ke rumah baharu selepas menerima beberapa siri ancaman.
[TERKINI] Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun
Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan membunuh kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ketika di bawah asuhannya.
AWANI Ringkas: Pemimpin politik perlu perkukuh perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sidang media mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Nokia gagal lakukan panggilan telefon pertama di bulan
Nokia Gagal Melakukan Panggilan Telefon Pertama Di Bulan
Penduduk rakam detik cemas puting beliung landa Florida, AS
Puting beliung yang melanda Florida, Amerika Syarikat menyebabkan banyak kemusnahan harta benda di sekitar beberapa buah bandar di negeri itu.
"Ingatkan Amerika sahabat kami" - Rakyat Kanada
Langkah terbaru Presiden AS, Donald Trump, yang menaikkan duti eksport Kanada telah mencetuskan kebimbangan besar di kalangan rakyat Kanada.
Dari Quebec hingga Toronto, ramai yang merasa terkesan dengan keputusan ini, yang dianggap merosakkan ekonomi dan hubungan erat antara kedua-dua negara.
Dari Quebec hingga Toronto, ramai yang merasa terkesan dengan keputusan ini, yang dianggap merosakkan ekonomi dan hubungan erat antara kedua-dua negara.
Ramadan: Keunikan bubur lambuk Masjid India Jalan Duke
Bubur Lambuk cukup sinonim setiap kali bulan Ramadan dengan pelbagai variasi dan cara masakan yang unik di setiap kawasan. Di Johor, keistimewaan Bubur Lambuk Masjid India Datuk Ahmad Awang atau lebih dikenali sebagai Masjid India Jalan Duke tampil dengan cita rasa tersendiri.
JDT sedia buat pelaburan untuk perkukuh pasukan - Tunku Ismail
Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bertekad untuk memperkukuh pasukan Harimau Selatan selepas tewas 0-1 kepada Buriram United dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25. Pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, menzahirkan perancangan baharu untuk memperbaiki skuad dan terus berbangga dengan perjuangan kelab dalam kejohanan elit Asia.

Enam penerbangan pagi di LTSAS batal akibat jerebu
Penerbangan yang dibatalkan melibatkan laluan Johor Bahru-Ipoh-Singapura dan Singapura-Ipoh-Johor Bahru dari AirAsia serta laluan Singapura-Ipoh-Singapura dari FlyScoot.

Dua penerbangan petang Sabtu di LTSAS batal akibat jerebu
Penerbangan melibatkan laluan Johor Bahru-Ipoh-Johor Bahru dari syarikat penerbangan Malindo Air dan laluan Singapura-Ipoh-Singapura dari syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot.