Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, bedah siasat keatas mangsa, Mohd Fitri Haimin, 19 tahun, bermula jam 10.40 hingga 1.30 tengah hari tadi.
"Hasilnya, mangsa disahkan mati akibat keracunan (terhidu karbon monoksida).
"Ia dilaporkan daripada pelepasan kenderaan dan gas penghawa dingin kenderaan." katanya ketika dibubungi, hari ini.
Menurutnya, bedah siasat seorang lagi mangsa, sedang dijalankan.
Semalam, Astro Awani melaporkan mangsa dan Mohd Helmi Muhammad, 19 tahun, ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta yang diparkir di tepi jalan raya kampung berkenaan.
Awalnya, mereka disangka sedang tidur dengan enjin kereta masih hidup, tetapi sudah meninggal dunia dalam keadaan berbaring (tidur).
Usaha membantu pintu kereta berjaya dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kinabatangan.
Kedua-dua remaja disahkan meninggal dunia sebelum dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat.