Dua syarikat terkemuka negara – Spritzer Bhd dan Yee Lee Corporation Bhd – mengambil inisiatif menyumbangkan sebanyak RM1 juta secara keseluruhan kepada Tabung Harapan Malaysia.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, berkata sumbangan kedua-dua syarikat tersebut merupakan penyumbang terbesar setakat ini di Perak.
Spritzer, syarikat pengeluar air mineral paling popular di Malaysia, dan Yee Lee, pengeluar produk harian seperti minyak masak cap Helang dan barang penjagaan gigi jenama Morning Kiss, masing-masing menyumbang RM500,000.
Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan menyeru mana-mana pihak lain yang berkeupayaan untuk tampil memberikan sokongan terhadap tabung tersebut.
Ketika ditanya sekiranya beliau akan menyeru rakan-rakan daripada Pakatan Harapan untuk menyumbang gaji dan wang ringgit seperti yang dilakukan beliau dan ADUN Kepayang, Dr Ko Chung Sen sebelum ini, Kor Ming berkata beliau tidak memaksa mana-mana individu kerana nilai sumbangan bukanlah ukuran.
Katanya, paling penting, kempen Tabung Harapan ini berjaya memupuk kesedaran dan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kor Ming juga mengingatkan setiap sumbangan yang diberikan akan dikecualikan daripada cukai.
Sementara itu, Pengarah Kajian dan Penyelidikan (R&D) Spritzer, Dr Chuan Chaw Teo, berkata mereka bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada pihak yang mampu menyumbang kepada negara.
"Kami berbesar hati kerana dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan, kami harap peranan kecil yang kami mainkan ini boleh menggalakkan pihak lain untuk berbuat sama," katanya pada majlis penyerahan cek di Ibu Pejabat DAP Perak di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif Spritzer, Lam Sang, Ketua Pegawai Eksekutif Yee Lee, Lim Ee Young dan Pengarah Eksekutifnya, Francis Chok Yin Fat.
BACA: Tabung Harapan Malaysia: Malindo Air sumbang RM1 setiap tiket
BACA: Kutipan terkini Tabung Harapan Malaysia lebih RM18 juta
BACA: Hati-hati nombor akaun Tabung Harapan Malaysia palsu!
Nazialita Geynna Maharan
Sat Jun 02 2018
![Dua syarikat gergasi sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan Dua syarikat gergasi sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51527947921_PengerusiDAP.jpg)
Kor Ming (tengah) bersama wakil daripada syarikat Spritzer Bhd dan Yee Lee Corporation Bhd yang menyumbang sebanyak RM500,000 ke dalam Tabung Harapan bertujuan mengurangkan bebanan hutang Kerajaan Persekutuan di Wisma DAP Perak hari ini. - BERNAMA
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan lima individu
Polis membongkar makmal haram pemprosesan dadah selepas menyerbu sebuah rumah di Nilai, Isnin lalu dengan membabitkan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggar bernilai RM3.2 juta.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
A.S - Mexico: Mexico ikrar lindungan kedaulatan, A.S label kartel pengganas
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan mencadangkan pindaan perlembagaan bagi memperkukuh perlindungan terhadap kedaulatan negara.
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.
![Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740094728_EgyptIsraelPalesti.jpg)
Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir
Trak yang membawa rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom.
![ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740091041_JDTBolaSepak.jpg)
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.
![Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740093439_menjualtisu.jpg)
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.
![Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740090815_PelajarTingkatanSa.jpg)
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.
![Dua syarikat gergasi sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan Dua syarikat gergasi sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51527947921_PengerusiDAP.jpg)
Dua syarikat gergasi sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan
Spritzer Bhd dan Yee Lee Corporation Bhd secara keseluruhan menyumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan hari ini.