SELEPAS lima tahun hidup menyendiri, Abil Fikri Ahmad, 49, mengakhiri zaman dudanya dengan suri hati Nor Aida Mohamad, 29, pada Jumaat lalu.
Lelaki pernah mendapat jolokan Duda Idaman Malaya itu menjadi sebutan ramai selepas kisah ketabahannya menjaga isteri Fauziah Muhamad yang menderita penyakit saraf otak sehingga meninggal dunia pada 2 April 2013.
Abil Fikri ketika dihubungi meluahkan rasa syukur kerana kekosongan jiwanya selepas pemergian isteri kini terisi dengan kehadiran isteri baharu yang disifatkan seorang yang memahami.
Menurutnya, perkenalannya dengan isteri bermula sebagai rakan blogger, namun masing-masing tidak pernah meluahkan isi hati.
“Isteri antara rakan blogger yang rapat dan banyak membantu saya. Lagipun kebanyakannya sudah berkahwin dan dia pula masih bujang pada waktu itu, sudah tentulah saya lebih rapat dengannya.
“Tapi, kami tak pernah declare sebagai pasangan kekasih pun. Cuma, Disember lalu saya mencuba nasib melamarnya dengan soalan ‘adakah dia sanggup ‘bermadu’ dengan arwah?' dan dengan senangnya dia cakap ok,” katanya.
Abil Fikri berkata, apa yang membuatkan hatinya tertarik dengan Nor Aida adalah wanita itu sentiasa mengingatkan dirinya supaya tidak lupakan allahyarhamah isteri selain menjaga solat dan rajin membaca al-Quran.
“Doa saya mengharapkan jodoh buat kali kedua dengan wanita berasal dari Terengganu iaitu sama dengan arwah isteri juga termakbul. Bila satu kampung ini, senanglah saya nak pergi ziarah. Paling saya terharu kerana ibu arwah juga merestui hubungan saya dengan isteri
“Saya masih rapat dengan keluarga bekas mertua dan pernah berjanji dengan arwah yang saya akan terus menjaga ibu dan adik beradiknya lain walau apa saja berlaku,” katanya.
Ditanya perbezaan jarak usia dengan isteri 20 tahun, Abil Fikri berkata, faktor usia bukan penghalang ikatan kasih antara dua jiwa kerana paling penting bagaimana mahu mencorakkannya.
Bercerita mengenai perkembangannya, Abil Fikri berkata, dia masih aktif memberi ceramah motivasi kekeluargaan dan kini menetap di Putrajaya kerana isterinya bertugas di Jabatan Perangkaan di sana.
“Saya mohon maaf kepada semua pengikut setia saya di laman sosial kerana tidak jemput ke majlis perkahwinan baru-baru ini. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menitipkan doa dan ucapan tahniah di Facebook selepas saja gambar perkahwinan saya dimuat naik.
“Saya sudah anggap pengikut sebagai keluarga saya dan doakanlah perkahwinan saya dirahmati dan dilimpahkan rezeki Allah,” katanya.
Sinar Harian
Thu Jul 12 2018
Abil Fikri menikahi Nor Aida pada Jumaat. Foto Facebook Dana Sinar Fauziah
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Duda Idaman Malaya kini sudah berpunya
Abil Fikri meluahkan rasa syukur kerana kekosongan jiwanya selepas pemergian isteri kini terisi dengan kehadiran isteri baharu yang disifatkan seorang yang memahami.