SEREMBAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk tindakan kejam rejim zionis Israel yang mencetuskan pergolakan terkini di Palestin.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun ketika membentangkan usul itu memohon Ahli Dewan Undangan Negeri menyatakan ketegasan serta mengutuk siri kekejaman dan keganasan Israel yang dengan terang melanggar undang-undang dan hak asasi manusia termasuk mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa.
"Sesungguhnya dunia terkesan dengan perkembangan terbaharu konflik di Semenanjung Gaza yang menggugat keselamatan dan keamanan rakyat Palestin. Justeru, dewan dimohon untuk menuntut masyarakat antarabangsa bertanggungjawab dan mengambil tindakan segera mengatasi krisis ini.
"Satu tekanan antarabangsa perlu dilakukan segera bagi menghentikan segala kegiatan yang melanggar undang-undang dan hak asasi kemanusiaan seperti ini, semua pihak perlu menghormati hak dan kedaulatan rakyat Palestin di atas muka bumi mereka sendiri," katanya.
Beliau berkata atas prinsip itu, semua wakil rakyat diseru menyalurkan bantuan kemanusiaan dengan segera selain meluluskan tabung amanah kutipan sumbangan daripada orang ramai dan swasta bagi membantu rakyat Palestin.
LAPOR LANGSUNG PERANG PALESTIN - ISRAEL DI SINI
Aminuddin berkata untuk tujuan itu juga tabung di seluruh masjid di negeri ini akan digerakkan selama sebulan, manakala solat hajat bagi kesejahteraan rakyat Palestin akan diteruskan selain mengesyorkan khutbah khas Jumaat ini adalah berkaitan Palestin.
Sementara itu, Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Pertang) ketika membahaskan usul itu berkata apabila melibatkan isu kemanusiaan, semua pihak sama ada kerajaan dan pembangkang perlu mengenepikan sebarang perbezaan politik yang ada.
Katanya tindakan zalim, kejam dan ganas yang menimpa rakyat Palestin selama ini tidak boleh dimaafkan dan pencerobohan demi pencerobohan ke atas Gaza serta pendirian Israel menjadikan Palestin sebagai 'padang jarak padang tekukur' sememangnya perlu ditentang.
"Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Sembilan agar bersama-sama memberikan sokongan dan bersolidariti terhadap malapetaka yang menimpa rakyat Palestin.
"Misi bantuan kemanusiaan hendaklah digerakkan dengan segera selain memperbaharui komitmen Malaysia dalam menyokong perjuangan Palestin. Kita perlu bersama-sama memberikan sokongan penuh terhadap mana-mana badan bukan kerajaan dalam misi bantuan kemanusiaan yang dianjurkan," katanya.
Jalaluddin yang juga Exco Kanan negeri turut menggesa kuasa besar dunia supaya tidak lagi mendiamkan diri dengan menjadi penakut, pengecut dan hanya menjadi pemerhati, sebaliknya mereka perlu campur tangan serta mempertahankan kedaulatan negara Palestin.
Senada dengan beliau, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) yang turut meminta orang ramai untuk tidak menimbulkan salah faham terhadap perkara tersebut kerana ia bukan isu agama tetapi hal kemanusiaan yang perlu diambil perhatian.
"Ini isu kemanusiaan yang berlaku selama 78 tahun, orang Palestin terhina, negara dijajah, mereka dikeluarkan dari kampung halaman tanpa pembelaan. Kita tak boleh kata mereka pengganas, ini kerana mereka nak dapatkan tanah air mereka semula.
"Jadi, amat bertepatan usul dibawa pada hari ini, kita mesti memutuskan dan membuat resolusi mengutuk sekeras-kerasnya apa yang dilakukan zionis.
"Semalam, dua siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) warga Palestin meninggal dunia di kampung halaman mereka kerana kekejaman itu, apakah Malaysia dan negara merdeka dalam dunia ini hanya tutup mata dan berdiam diri melihat Israel melakukan pembunuhan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Rakyat membantu untuk menyelamatkan mangsa dari runtuhan bangunan di Gaza. - Gambar REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.

PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.

Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.

Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."

AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.

Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.