Perkhidmatan e-hailing tidak harus dilihat sebagai saingan kepada kaedah operasi teksi konvensional, sebaliknya harus digunakan sebagai peluang kepada pemandu teksi untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri yang mengemukakan saranan itu berkata perkhidmatan e-hailing iaitu aktiviti tempahan perkhidmatan teksi dalam talian melalui aplikasi pintar atau mudah alih dibenarkan beroperasi sebagai perkhidmatan perantara tertakluk kepada peruntukan dan seliaan undang-undang.
"Langkah kawal selia ini adalah untuk memastikan penggunaan teknologi membawa kesan yang positif bukan sahaja pemandu teksi, pemandu kenderaan e-hailing dan penumpang, malah memberi ruang kepada usahawan tempatan yang berminat untuk menerokai peluang dalam industri ini melalui pembangunan sistem aplikasi tempatan.
"Namun, rangka kerja perundangan sedia ada dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) tidak memadai bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing.
"Oleh yang demikian kemasukan peruntukan baharu berkenaan perkhidmatan e-hailing adalah perkara pertama yang dicadangkan dalam pindaan rang undang-undang ini agar ia dapat dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darah (SPAD)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.
Lebih 50 peratus pengguna teksi di negara ini menggunakan aplikasi telefon mudah alih untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam itu, sekali gus menjadikan perkhidmatan e-hailing sebagai pelengkap dalam mengimbangi tawaran perkhidmatan dengan permintaan dan trend pasaran.
Bagaimanapun, hanya 14 peratus pemandu teksi cenderung menggunakan aplikasi berkenaan untuk mendapatkan penumpang dan ia mewujudkan jurang besar antara permintaan dan tawaran menerusi penggunaan aplikasi telefon mudah alih.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Jul 26 2017

Lebih 50 peratus pengguna teksi di negara ini menggunakan aplikasi telefon mudah alih untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

'Tak perlu tunggu pindaan Akta 522 untuk dakwa pihak terlibat tipu beras' - Hassan
Kerajaan digesa bertindak segera terhadap kilang beras, pemborong dan peruncit yang mencampurkan beras putih tempatan dengan beras import.

Bantuan RM100 juta Program Tanam Semula Sawit disasar dimanfaat sepenuhnya pada Jun - Johari
Johari berkata kemajuan penanaman semula kelapa sawit negara masih ketinggalan.

Kerajaan tambah jaminan RM10 bilion bagi sklim kredit perumahan bantu 20,000 peminjam
Peningkatan itu mengambil kira perkembangan semasa dengan ramai yang bekerja dalam sektor informal dan menjadi pekerja gig.

Anggota TUDM didakwa amang seksual adik ipar
Lelaki berusia 26 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun.
Rasuah RM53 bilion di Indonesia, 7 individu ditahan
Pejabat Peguam Negara Indonesia menahan beberapa eksekutif anak syarikat firma tenaga negara, PT Pertamina, berhubung skandal rasuah bernilai 193.7 trilion rupiah (RM53 bilion) melibatkan perolehan minyak mentah dan produk petroleum.
Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian pada Rabu.
AWANI Ringkas: Semua saksi dipanggil minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aerotren KLIA siap 86 peratus, dijangka beroperasi suku tahun 2025
Status terkini projek penggantian Aerotren KLIA adalah pada kadar 86 peratus sehingga 24 Januari lalu.

Anak pemilik kebun buah didenda RM3,000 ugut Menteri Pelancongan
Anak tauke kebun buah didenda mengugut mahu mengancam nyawa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
PAC syor LHDN tambah baik proses pentaksiran cukai
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengesyorkan lima langkah penambahbaikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi memastikan kutipan cukai lebih efisien.

GV Ride lancar kempen 'free ride' Subang, Petaling Jaya dan Kajang
Penyedia perkhidmatan GV Ride melancarkan Kempen Free Ride Subang, Petaling Jaya dan Kajang yang menawarkan perjalanan percuma kepada pengguna.

Fahmi arah telco tawar pelan lebih baik, murah kepada pemandu teksi, e-hailing
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta syarikat telco mencari mekanisme terbaik untuk menyediakan satu pakej internet yang lebih baik serta murah kepada pemandu teksi dan e-hailing.

GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember
Langkah itu merupakan salah satu daripada langkah untuk mempromosikan EV dalam industri e-hailing.

Seorang maut, dua cedera kereta dinaiki dilanggar lori
Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Bestari, Klang, di sini hari ini.

Parlimen: OKU miliki lesen memandu kelas D/DA boleh mohon lesen PSV e-hailing
Dasar semasa tidak menghalang Orang Kurang Upaya (OKU) dari kategori pendengaran termasuk pertuturan yang memiliki kad OKU dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) Kelas D/DA untuk memohon PSV E-Hailing.

Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.

Penubuhan suruhanjaya pastikan pekerja gig dapat manfaat seperti pekerja formal
Dengan itu, pekerja ekonomi gig dapat memperbaiki status sebagai pekerja tidak formal bagi membolehkan mereka mencarum dengan Perkeso.

Pakej khas telekomunikasi untuk pekerja e-hailing, p-hailing diumum esok - Fahmi
Fahmi berkata hasil perbincangan bersama ketua-ketua pegawai eksekutif semua syarikat telekomunikasi hari ini telah mencapai kata putus.

Tetapkan harga lantai e-hailing, tambang mungkin naik - Anthony
MOT belum berhasrat untuk mengawal selia tambang e-hailing buat masa kini kerana sekiranya harga lantai ditetapkan, harga tambang kepada pengguna juga mungkin meningkat.

Kejadian wanita terjun kenderaan e-hailing cuma salah faham
Pemandu e-hailing yang dipercayai terlibat dalam kejadian seorang wanita terjun dari kenderaan yang dinaikinya di Jalan Temasya Glenmarie, Rabu lalu disahkan orang kurang upaya (OKU) pendengaran.