Kerajaan bersetuju untuk mengeluarkan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) bagi membolehkan majikan membuat permohonan penggajian semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) secara sah.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, permohonan E-Kad yang berfungsi sebagai pengesahan sementara bagi menggantikan dokumen perjalanan sah, akan dibuka bermula 15 Feb sehingga 30 Jun depan, di semua pejabat Imigresen di Semenanjung Malaysia.
"Program ini terbuka hanya kepada PATI di Semenanjung Malaysia dan hanya kepada mereka yang mempunyai majikan tergolong dalam lima sektor ekonomi yang telah ditetapkan.
"Dianggarkan antara 400,000 hingga 600,000 PATI akan mengambil peluang berdaftar dalam program ini, yang sekaligus diharap dapat atasi masalah kekurangan tenaga kerja asing yang dihadapi sektor ekonomi berkenaan," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Pejabat Imigresen Selangor di sini hari ini.
Lima sektor ekonomi yang telah dikenalpasti memerlukan pekerja asing adalah sektor pembinaan, perladangan, perkhidmatan, perkilangan dan pertanian.
Pada 17 Jan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperoleh kebenaran dari Jabatan Peguam Negara untuk mengeluarkan kad sementara kepada PATI yang bermajikan.
Mengulas lanjut, Mustafar berkata, Jabatan Imigresen tidak menggunakan perkhidmatan orang tengah atau agen dalam permohonan E-kad ini.
Beliau berkata majikan dan pekerja asing perlu hadir di mana-mana pejabat Imigresen bersama dokumen yang diperlukan dan kad berkenaan adalah percuma.
"Antara syarat kelayakan PATI ke dalam program ini adalah PATI mesti mempunyai majikan, tidak mempunyai rekod jenayah, rakyat dari negara sumber yang dibenarkan, tiada kes lari dari majikan dan lulus pemeriksaan kesihatan.
"Antara syarat bagi majikan pula, mereka mesti di bawah sektor dan sub sektor yang dibenarkan sahaja, tidak tersenarai dalam senarai digantung urusniaga atau senarai hitam KDN dan Imigresen," katanya.
Menurut Mustafar, E-Kad berkenaan hanya sah sehingga 15 Feb tahun hadapan dan dalam tempoh itu PATI serta majikan perlu mendapatkan pasport dan dokumen perjalanan yang sah dari kedutaan masing-masing bagi tujuan pemutihan.
Tambah beliau, selepas tarikh berkenaan tiada lagi tempoh lanjutan akan diberikan dan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap PATI dan majikan yang gagal berbuat demikian.
"Jabatan Imigresen memandang serius isu kebanjiran pekerja asing di negara ini kerana ia melibatkan isu keselamatan, kesihatan malah kedaulatan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2017

MUSTAFAR: Kerajaan bersetuju untuk mengeluarkan E-Kad bagi membolehkan majikan membuat permohonan penggajian semula PATI secara sah. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pasport Shafee diuruskan Wisma Putra
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan pasport diplomatik milik Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah diuruskan sepenuhnya oleh Wisma Putra.

Mohon permit khas pembantu rumah dalam talian mulai 1 Jan 2018
Mulai 1 Jan tahun depan, majikan boleh mendapatkan permit khas pembantu rumah asing daripada Jabatan Imigresen yang dibuat melalui sistem dalam talian.

Menggaji PATI, 84 majikan ditangkap - Mustafar Ali
Seramai 84 majikan ditangkap dan sebahagiannya telah menghadapi pertuduhan di mahkamah kerana didapati menggaji pekerja asing bekerja asing, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

E-Kad: Operasi gempur PATI besar-besaran selepas 12 malam ini
Tinjauan media di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini mendapati ia masih lagi sesak sejak semalam.

Jabatan Imigresen jumpa 13 kedutaan berhubung pelaksanaan e-Kad
Tiga belas kedutaan negara sumber diberikan taklimat berhubung pelaksanaan program e-Kad untuk PATI dalam satu perjumpaan dengan Jabatan Imigresen di sini, hari ini.

Tiada ejen atau orang tengah dilantik untuk uruskan e-Kad - KP Imigresen
Jabatan Imigresen tidak pernah melantik mana-mana ejen atau orang tengah bagi menguruskan proses permohonan kad sementara atau 'Enforcement Card' (E-Kad) untuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

E-Kad untuk majikan mohon penggajian semula PATI secara sah - Mustafar
Kerajaan bersetuju untuk mengeluarkan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) bagi membolehkan majikan membuat permohonan penggajian semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) secara sah.

Penalti lebih berat kepada majikan ambil pekerja secara haram
Kerajaan sedang dalam rancangan meminda Akta Pekerjaan (Sekatan) 1968 terutamanya pada bahagian penalti yang akan dikenakan kepada pihak yang melanggar undang-undang, kata Datuk Paul Low.

Denda dikenakan jika hilang pasport - KP Imigresen
Jabatan Imigresen akan mengenakan denda terhadap pemilik pasport yang kehilangan dokumen berkenaan.

Tiada toleransi jika terlibat rasuah - Mustafar
Tiada toleransi jika terlibat rasuah, itu amaran Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali kepada kakitangannya yang terlibat dengan rasuah.