Konsep persaudaraan sejagat merupakan satu konsep yang penting kerana ia membantu menyemai sifat toleransi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Namun dalam situasi hari ini, konsep itu seolah-olah dilupakan, sebaliknya, ekstremis keagamaan kini menjadi satu wabak sehingga hilangnya nilai kemanusiaan.
Menurut pensyarah di Southern Methodist University di Texas, Amerika Syarikat, Imam Omar Suleiman, Islam kini menjadi medium yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu yang hanya mahukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri.
"Kebencian memfokuskan kepada orang lain, kerana pihak yang membenci itu tidak dapat menerima kelemahan dan kekurangan dirinya sendiri.
"Sama seperti ahli politik korup, mereka menggunakan apa sahaja isu termasuk agama, demi mengalih perhatian orang ramai dari isu sebenar," kata Omar.
Ekstremis, kata Omar, tidak pernah dan tidak akan sekali-kali berjuang atas nama agama kerana mereka sendiri tidak memahami pengisian kepercayaan dan nilai yang didukung Islam.
"Ekstremis agama tidak berjuang atas nama agama. Saya sendiri kadang-kadang terfikir, siapa (Nabi) Muhammad yang menjadi rujukan mereka?
"Sebab setahu saya, Nabi Muhammad SAW yang saya kenal berbeza dengan Muhammad mereka.
"Mereka ini bukan dipandu cahaya, tapi dibutakan oleh cahaya," tambahnya.
Omar, yang juga Presiden Institut Penyelidikan Islam Yaqeen, Texas, berkata demikian ketika memberikan ucaptama dalam Ceramah Peringatan Allahyarham Dr Oli Mohamed bin Abdul Hamid, 'One Humanity', yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Turut berlangsung sempena ceramah itu ialah satu sesi dialog yang dipengerusikan oleh Omar, bersama tiga panelis iaitu Ketua Bishop Kuala Lumpur, Julian Leow; Presiden Hindu Sangam Malaysia, Datuk Mohan Shan, dan pengasas Pertubuhan Sasana Abhiwurdhi Wardhana, Prof Vijaya Samarawickrama.
Acara yang kali ketiga diadakan itu adalah untuk memperingati Allahyarham Dr Oli Mohamed Abdul Hamid, pengasas Yayasan Farrash yang juga seorang tokoh yang banyak menyumbang dalam bidang pendidikan.
Madiha Abdullah
Sat Mar 10 2018
Ceramah Peringatan Allahyarham Dr Oli Mohamed bin Abdul Hamid, 'One Humanity' berlangsung di ibu negara, pada Sabtu. - Facebook Oli Mohamed Memorial Lecture
Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Lata Tebing Tinggi, Selama pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
Trump arah serangan udara di Somalia, sasar anggota ISIS
Penilaian awal menunjukkan beberapa anggota ISISI terbunuh, tanpa sebarang kecederaan terhadap penduduk awam.
Pengurusan taman tema akan dipanggil - MB Selangor
Kerajaan Selangor akan memanggil pihak pengurusan sebuah taman tema terkenal di Shah Alam berikutan insiden seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca yang terjatuh pada Rabu lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit.
PM hulur sumbangan kepada bapa tunggal di Kuantan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang bapa tunggal dikenali sebagai Mohammad yang menyara lima anak di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang.
Ringgit dijangka bergerak berhati-hati, dipengaruhi tarif AS
Ringgit dijangka diniagakan antara RM4.41–RM4.44 minggu depan, dengan trajektori bergantung pada dasar tarif AS dan hubungan perdagangan Malaysia-China.
Bursa Malaysia dijangka pulih, aktiviti dagangan meningkat minggu depan
Sentimen pasaran yang lebih baik dijangka menggalakkan pembelian saham berharga rendah, dengan FBM KLCI berpotensi pulih selepas dagangan perlahan minggu ini.
Daftar nama, permudah mangsa terima bantuan - TPM Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, sekiranya terputus hubungan, mangsa banjir boleh terus menghubungi pihak sekretariat supaya bantuan dapat dihantar.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak & Sabah menurun
Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus berkurang, namun beberapa daerah masih terjejas dengan PPS masih beroperasi bagi menempatkan mangsa yang terkesan.
Puluhan rakyat Palestin diseksa, kebuluran semasa dalam tahanan Israel
Persatuan Banduan Palestin dedah sekumpulan rakyat Palestin diseksa dan dibiar kebuluran semasa dalam tahanan rejim Zionis.
Tujuh maut dalam nahas pesawat di Philadelphia
Nahas pesawat ambulans udara itu juga menyebabkan 19 mangsa lain mengalami kecederaan.
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
60 penumpang dikhuatiri maut dalam nahas Black Hawk-American Airlines
Ketua Bomba Washington, John Donnelly dalam sidang media pada Khamis memaklumkan, setakat ini 28 mayat telah ditemui.
ASEAN mahu rundingan bersifat kolaboratif dengan AS, bukan ditekan - Penganalisis
ASEAN mahu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang pelaburan dan perdagangan secara kolaboratif.
ASEAN bawa naratif sendiri, tidak boleh terjebak dalam persaingan AS-China – Penganalisis
ASEAN tidak boleh terjebak dalam persaingan Amerika Syarikat (AS) dan China yang bukan lagi bersifat pertembungan dagang.
Amerika Syarikat naikkan sasaran tahanan pendatang tanpa izin kepada 1,800 sehari - Laporan
Pentadbiran Trump menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 1,800 tahanan sehari dengan setiap 25 pejabat ICE diwajibkan membuat sekurang-kurangnya 75 tangkapan.
Jet pejuang F-35 terhempas di Alaska, juruterbang selamat - Laporan
Sebuah jet pejuang F-35 milik Tentera Udara Amerika Syarikat terhempas pada Selasa di Pangkalan Tentera Udara Eielson, Alaska.
Boeing lapor kerugian besar pada suku keempat
Gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat Boeing Co, melaporkan kerugian yang semakin besar pada suku keempat berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Ribuan pendatang beratur di luar pejabat pelarian Mexico
Dianggarkan 1,500 migran haram dari Haiti dan Venezuela berdiri dalam barisan panjang di luar kemudahan sementara pejabat pelarian Mexico (COMAR) berhampiran Mexico City pada Isnin.