Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima 28,434 panggilan kecemasan dengan 18,715 daripadanya berkaitan kebakaran di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Mac ini.
Daripada jumlah itu, sebanyak 9,078 operasi menyelamat telah dilakukan, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) jabatan itu Datuk Amer Yusof.
Beliau berkata peningkatan mendadak kes berkenaan berpunca daripada fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.
"Berdasarkan angka itu, orang ramai perlulah berhati-hati dengan keadaan cuaca sekarang kerana cuaca kering memberi kesan kepada aktiviti luar dan elakkan daripada membuang bahan mudah terbakar seperti putung rokok," katanya pada Majlis Khidmat Cemerlang dan Persaraan Kakitangan jabatan itu di sini, pada Khamis.
Menurutnya sebanyak 9,231 kebakaran belukar dan 1,965 kebakaran hutan dilaporkan sepanjang bulan ini.
Amer juga berkata jumlah panggilan kecemasan yang diterima pada 2015 adalah 80,183 dengan purata 20 panggilan sehari atau 10 panggilan sejam atau satu panggilan bagi setiap enam minit.
"Ia menunjukkan penurunan berbanding 97,252 panggilan yang diterima pada 2014," katanya.
Walaupun jabatan itu berusaha menyelamatkan harta benda daripada terbakar, katanya kebakaran menyebabkan kerugian kira-kira RM4.4 bilion pada tahun lepas berbanding RM2.8 bilion pada 2014, yang meningkat sebanyak 57 peratus.
"Anggota kami telah melakukan yang terbaik dalam setiap operasi tetapi tugas ini penuh risiko. Sepanjang tahun lepas, sebanyak 153 kematian dicatatkan berbanding 139 pada 2014...kami harap angka itu tidak melonjak tahun ini," katanya.
Amer berkata jabatan itu kini membekukan cuti semua kakitangannya bagi memastikan balai bomba sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Kami juga memastikan semua aset termasuk pam dan hos berada dalam keadaan baik untuk digunakan," katanya.
Bernama
Thu Mar 31 2016
Peningkatan mendadak kes kebakaran di negara ini antara lain berpunca daripada fenomena El Nino ketika ini. - Gambar fail
'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.
Kempen pemasaran dilakukan sepenuhnya Unifi Business - Usahawan
Athirah berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan Digital Marketing Solution (DMS) oleh Unifi Business yang membantu kempen pemasaran.
Kempen pemasaran dilakukan sepenuhnya Unifi Business - Usahawan
Athirah berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan Digital Marketing Solution (DMS) oleh Unifi Business yang membantu kempen pemasaran.
Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 110,213 orang setakat 6 petang
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatat penurunan kepada 110,213 orang setakat jam 6 petang ini berbanding 128,952 orang pada 12 tengah hari tadi.
Banjir: KPT beri ruang universiti laksana pembelajaran dalam talian
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang.
Pasangan kekasih dalang curi kabel antara lima ditahan
Pasangan itu ditahan di sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah manakala tiga yang lain ditahan di sekitar kawasan sama.
14 wilayah selatan Thailand ambil langkah waspada hadapi banjir 3-5 Disember
Antara wilayah terlibat adalah Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat, Phang Nga, Phuket, Krabi dan Satun.
Pantau Agenda Reformasi: Analisis cuaca dan banjir minggu hadapan
Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan dan Institut Sains Samudera dan Bumi, Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah
Catat kutipan RM4.2 juta, Kahar: Kapla High Council hangatkan kembali pawagam
Kahar: Kapla High Council menghangatkan kembali pawagam tanah air sejak ditayangkan 28 November lalu.
Niaga AWANI - Pengurusan data komprehensif ditagih industri
Ikuti ulasan Pengerusi MRANTI, Prof. Dr. Rofina Yasmin Othman mengenai landskap dan cabaran semasa industri teknologi Malaysia.
Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.
Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.
Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.
Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.
Hospital Putrajaya buat persiapan rapi, siap sedia bantuan perubatan
Pasukan perubatan dengan kekuatan 250 petugas disediakan, dengan petugasnya termasuk daripada beberapa hospital di Lembah Klang.
Seoul catat rekod 'malam tropika' terpanjang dalam 18 tahun
'Malam tropika' berlaku apabila suhu kekal pada 25 Celsius atau lebih tinggi dari 6.01 petang hingga 9 pagi keesokan harinya.
Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.
Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS
Cuaca ekstrem yang melanda ketika ini tidak menjejaskan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan selagi mana harga tidak melambung.
Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat
Berdasarkan statistik, insiden lemas paling tinggi direkodkan di kawasan sungai, pantai dan tasik dan air terjun.
Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma
Empangan Muda di Kedah, Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya.