"Sepatutnya mereka berempat sampai kira-kira pukul 5 pagi ini tapi sekarang seorang daripadanya telah tiada," kata nenek seorang daripada mangsa kemalangan bas di km124, Lebuhraya Timur
Barat berdekatan Jeli awal hari ini.
Ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pak Tuyu di sini, Azizah Umar, 70, kelihatan masih terkejut dengan kemalangan kira-kira 1.40 pagi itu yang menimpa anggota keluarganya.
Insiden itu mengorbankan seorang cucunya, Nur Afiqah Alimi Ali, 19, pelajar jurusan Pelancongan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, manakala tiga lagi cucunya dilaporkan cedera.
Mereka yang cedera ialah kakak Nur Afiqah Alimi iaitu Nurain Nabila Alimi, 20, dan adiknya, Nurain Nasuha Alimi, 15, serta sepupu mereka Izzu Farhan Mohd Zaidi, 15.
Azizah berkata keempat-empat cucunya itu dalam perjalanan pulang ke Terengganu selepas menziarahi kakak sulung Nur Afiqah Alimi di Kamunting, Perak sejak Ahad lalu.
Katanya ketika ke Kamunting, mereka turut ditemani ibu mangsa Zalida Adnan, 38, bersama adik bongsu tetapi kedua-duanya pulang lebih awal pada Rabu lalu.
"Pada mulanya Kak Uda (Nor Afiqah Alimi Mohd Ali, 19, maut selepas bas SP BUMI yang dinaiki bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 124, Lebuhraya Timur-Barat jalan Jeli-Gerik awal pagi tadi.Nur Afiqah Alimi) tak berhasrat mengikut emaknya sebab dia masih di Kuantan, tetapi tiba-tiba dia beritahu dapat cuti panjang dan ambil keputusan untuk balik ke rumahnya di Kampung Pagar Besi di sini, Jumaat lepas.
"Sebelum naik bas pada pukul 9.30 malam (Ahad), mereka anak beranak bersiap-siap di rumah nenek, Sikap mereka sama sahaja. Kami makan malam dan solat bersama di rumah," katanya.
Jenazah Nur Afiqah Alimi dijangka dikebumikan di sebelah pusara ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol di sini malam ini.
Bernama
Fri Dec 25 2015

Nor Afiqah Alimi Mohd Ali, 19, maut selepas bas SP BUMI yang dinaiki bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 124, Lebuhraya Timur-Barat jalan Jeli-Gerik awal pagi tadi. - Gambar Bernama
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

"Empat cucu sepatutnya sampai pagi tadi," kata nenek mangsa
"Sepatutnya mereka berempat sampai kira-kira pukul 5 pagi ini tapi sekarang seorang daripadanya telah tiada," kata nenek seorang daripada mangsa kemalangan bas di km124, Lebuhraya Timur Barat.