Polis menahan empat suspek termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes bunuh bekas calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) di tingkat bawah Flat PKNS, Seksyen 7, Shah Alam, pada Isnin.
Kesemua suspek direman tujuh hari bermula Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata pihaknya kini memburu seorang lagi suspek dikenali sebagai Ozziram M. Devan bagi membantu siasatan.
"Pihak JSJ Selangor memohon kerjasama orang awam untuk memberikan maklumat mengenai Ozziram yang alamat terakhirnya di Taman Karupiah, Padang Jawa, Klang, Selangor.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau hubungi terus pegawai penyiasat, ASP Vignesh Kumar, di talian 03-55202222," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa M Thiyaru, 30, diserang tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka, belakang kepala, tangan kanan dan kedua-dua kaki.
Mangsa dibawa orang ramai ke Hospital Shah Alam namun meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang ketika menerima rawatan.
Afiezy Azaman
Tue Jan 08 2019

Polis menahan empat suspek termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes bunuh Thiyaru. -Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, bersama-sama AMK Pahang.

Percutian ke Hatyai: Saya ambil tanggungjawab ini - Adam Adli
Katanya, AMK di setiap negeri bebas mengadakan apa sahaja program dalaman yang bertujuan mengukuhkan hubungan dalam organisasi.

'Jangan jadi lembu dicucuk hidung' - Ketua Pemuda UMNO
Dr Muhamad Akmal membidas kenyataan Pengarah Komunikasi AMK supaya mengelak atau tidak memulakan serangan terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

Pengampunan Najib: AMK minta Akmal Saleh henti serangan terhadap Kerajaan Perpaduan
AMK meminta supaya serangan yang dimulakan sama ada secara terangan-terangan mahupun halus oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dielakkan.

AMK buat laporan polis terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir
Laporan itu dibuat oleh Ahli Majlis Kepimpinan AMK Pusat M. Sathasivam di Balai Polis Travers.

Tawar RM5 juta bunuh PM, AMK buat laporan polis
AMK membuat laporan polis susulan tindakan seorang individu yang membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tawaran berjumlah RM5 juta.

Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti asas pembangunan mampan - Perwakilan AMK
Pengenalan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti oleh kerajaan mampu menjadi asas kepada pembangunan negara yang lebih mampan menerusi amalan tatakelola yang baik.

AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya
Laporan itu dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

AMK buat laporan polis pengguna TikTok hina PM
Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial TikTok yang memuat naik hantaran menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Syed Saddiq persoal AMK, orang yang sama kempen isu LCS sebelum PRU
Sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu, AMK antara kumpulan yang menyuarakan mengenai isu LCS, tetapi kini seolah-olah cuba 'membisu dan memekakkan telinga'.