Tiada misteri yang menyelubungi kehadiran empat kapal yang berlabuh berhampiran dengan jeti Asian Supply Base, yang kelihatan seperti ditinggalkan begitu sahaja oleh pemiliknya, sebagaimana yang tular di platform media sosial.
Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Wilayah Persekutuan Labuan, Nurzalizah Kartika Abdullah berkata tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai kehadiran kapal itu kerana pihak berkuasa telah menjalankan pelbagai langkah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan urusan yang berkaitan dengan kru kapal berkenaan.
"Tidak perlu panik, kami difahamkan kapal itu telah berada di perairan Malaysia sejak empat tahun lepas, dan di sekitar perairan Labuan ini sejak bulan Mei tahun lepas.
"Kru kapal itu tidak pernah kembali ke negara asal mereka sejak tarikh berkenaan," katanya kepada Bernama.
Pada 17 Feb, satu laporan oleh sebuah akhbar nasional mempersoalkan kehadiran kapal Yue Yuan Yu 219, YueYuan Yu 220, Zhong Yue 22 dan Zhong Yue 23, yang berada di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya, yang menimbulkan persoalan mengenai kru kapal yang dibimbangi memasuki negara secara tidak sah kerana enggan kembali ke negara asal yang dilanda wabak COVID-19 ketika ini.
Laporan itu dikongsi di platform media sosial, sehingga menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk Labuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 18 2020
Menurut Nurzalizah, kapal-kapal itu telah berada di perairan Malaysia sejak empat tahun lepas dan di sekitar perairan Labuan sejak Mei 2019. - Bernama
Kenderaan masuk laluan bertentangan punca enam maut di Semporna - Polis
Kereta dipandu lelaki berumur 34 itu memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan pacuan empat roda dan kenderaan MPV.
Suspek letak kucing dalam guni telah diambil keterangan - DVS Selangor
DVS telah mengambil keterangan beberapa individu disyaki terlibat dalam memasukkan sebilangan ekor kucing yang masih hidup ke dalam guni.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Januari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
150 pelatih sukarela lapor diri latihan percubaan PLKN 3.0.
Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu – MB.
Kerajaan tambah peruntukan RM30 juta khusus untuk pembangunan bola sepak – PM.
150 pelatih sukarela lapor diri latihan percubaan PLKN 3.0.
Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu – MB.
Kerajaan tambah peruntukan RM30 juta khusus untuk pembangunan bola sepak – PM.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.
Israel guna hasil cukai Palestin bayar hutang elektrik PA
Israel mengutip cukai ke atas barangan yang melalui wilayah Israel menuju ke Tebing Barat yang diduduki.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran Los Angeles: Hanya tinggal matahari merah di langit
Dahulunya kediaman mewah di kawasan kejiranan Pacific Palisades, kini hanya tinggal rangka bangunan, tiang elektrik tumbang dan kenderaan musnah sepenuhnya.
Biden gesa gencatan senjata disegerakan - White House
Desakan itu dinyatakan dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
#AWANIRingkas 13 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Januari 2025
1️⃣ Perkembangan banjir di Johor
2️⃣ Lawatan rasmi PM ke UAE
3️⃣ Kebakaran besar Los Angeles belum reda
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Johor
2️⃣ Lawatan rasmi PM ke UAE
3️⃣ Kebakaran besar Los Angeles belum reda
#awaniringkas
Enam mangsa maut ada pertalian keluarga - Polis
Dalam kejadian itu, kesemua mangsa berusia antara enam bulan hingga 82 tahun melibatkan tiga wanita dan tiga lelaki.
Empat kapal asing berlabuh di Labuan, penduduk setempat tidak perlu risau
Pihak berkuasa telah menjalankan pelbagai langkah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan urusan yang berkaitan dengan kru kapal berkenaan.