Kemelut pentadbiran di negeri ini bagaikan tiada penghujungnya apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) Sabah termasuk dua 'Menteri Kabinet Sabah' hadir di kediaman Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.
Dua 'menteri' berkenaan adalah Datuk Masiung Banah yang menjawat Menteri Belia dan Sukan Sabah dan Datuk Bolkiah Ismail (Menteri Pembangunan Perindustrian) hadir bersama dua lagi ADUN BN lain iaitu Datuk Limus Jury (Kuala Penyu) dan Datuk James Ratib (Sugut) kira-kira jam 3.15 petang tadi.
Masiung dan Bolkiah dilantik sebagai menteri penuh dalam pengumuman barisan kabinet selepas Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei lalu.
Kehadiran keempat-empat ahli politik itu menguatkan spekulasi bahawa mereka akan menyokong kepimpinan Mohd Shafie.
Masih belum dapat disahkan sama ada keempat-empat ADUN BN ini akan meninggalkan BN dan Musa.
Setakat ini, Musa masih lagi 'membisu' dan menganggap beliau masih lagi Ketua Menteri Sabah yang sah.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Musa, Afeiza Khan dalam pesanan ringkas aplikasi Whatsapp tiada sebarang sidang akhbar akan dibuat Musa setakat ini.
Ruzaini Zulkepli
Sun May 13 2018

Dari kiri: Kelihatan James, Masiung, Bolkiah dan Limus tiba di kediaman Mohd Shafie di Taman Golfview, Penampang.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.

DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.

Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.

Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.

Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.