Empat rakyat Malaysia yang diculik oleh lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan, Sabah pada 1 April lalu masih hidup, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Tegasnya, rundingan dengan pihak berkuasa Filipina masih berjalan namun tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai usaha pembebasan mangsa berkenaan.
"Bagaimanapun saya enggan dedahkan peringkat mana dan apa yang sedang kita lakukan kerana bimbang akan menimbulkan masalah kepada semua tebusan itu," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seminar Sasaran Penting Peringkat Kebangsaan 2016 di sini hari ini.
Seminar itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Empat rakyat Malaysia berumur 21 hingga 34 tahun itu merupakan antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia.
Mereka ialah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.
Sebelum ini Kementerian Luar Negeri memaklumkan telah memanggil Duta Besar Republik Filipina ke Malaysia, TYT Jose Eduardo E. Malaya untuk mengulangi permohonan negara bagi mendapatkan bantuan Kerajaan Filipina di dalam usaha-usaha membebaskan mangsa.
Sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah memohon kerjasama Kerajaan Filipina melalui Setiausaha Hubungan Luar Negeri Republik Filipina.
Malaysia telah menegaskan kepentingan untuk memastikan keselamatan empat warga Malaysia terbabit dan mengulangi komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama erat dengan Kerajaan Filipina di dalam usaha ke arah pembebasan empat warga Malaysia berkenaan.
Wan Syamsul Amly
Thu Apr 14 2016
!['Empat rakyat yang diculik masih hidup' - KPN 'Empat rakyat yang diculik masih hidup' - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71452302316_KhalidAbuBakar.jpg)
Empat rakyat Malaysia berumur 21 hingga 34 tahun itu merupakan antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia. - Gambar fail
"Definisi 'peniaga mikro' kita tak termasuk restoran" - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh memaklumkan jumlah kuota minyak masak paket bersubsidi setakat ini mencukupi dan tidak ada apa apa penambahan.
Beliau juga menambah, jumlah tersebut dilihat akan dapat menampung keperluan bagi golongan yang layak memperoleh subsidi tersebut disamping mengelakkan berlakunya ketirisan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

"Kuota 60 ribu matrik tan sebulan adalah mencukupi" - Fuziah

![Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.
![Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739762514_HARIPERTAMASEKOLAH.jpg)
Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.
Hari Pertama Persekolahan 2025: SK Taman Pelangi Meriah dengan Kehadiran Ibu Bapa dan Menteri
Suasana sesi persekolahan hari pertama tahun 2025/2025 Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi hari ini meriah dengan ratusan kehadiran ibu bapa dan penjaga yang menemani anak-anak mereka. Kehadiran Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shaari turut mengadakan kunjungan melihat persekitaran sekolah baharu, SK Taman Pelangi, Semenyih. #AWANInews
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan. #AWANInews
![Peranan pemimpin KRT selesai isu perkauman dapat pujian Menteri Perpaduan Peranan pemimpin KRT selesai isu perkauman dapat pujian Menteri Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739760045_aaronago.jpg)
Peranan pemimpin KRT selesai isu perkauman dapat pujian Menteri Perpaduan
Peranan KRT dalam menyelesaikan polemik itu memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap badan itu sebagai agen perpaduan.
![Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739763561_WinterWeather.jpg)
Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.
AWANI Ringkas: Tingkah laku rasis tidak boleh diterima
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739763416_TERENGGANUHOCKEYTE.jpg)
Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari
Penyerang prolifik itu menyifatkan dengan menjuarai piala itu bakal menjadi simbol penguasaan THT dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL).
!['Empat rakyat yang diculik masih hidup' - KPN 'Empat rakyat yang diculik masih hidup' - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71452302316_KhalidAbuBakar.jpg)
'Empat rakyat yang diculik masih hidup' - KPN
Empat rakyat Malaysia yang diculik oleh lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan, Sabah pada 1 April lalu masih hidup, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.