Empat lelaki termasuk dua daripadanya remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret George Town, hari ini atas tuduhan membunuh seorang remaja lelaki, T. Nhaveen, 9 Jun lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.
Mengikut kertas pertuduhan, J. Ragesuthen dan S. Gokulan, kedua-duanya berusia 18 tahun, serta dua remaja berusia 16 dan 17 tahun didakwa menyebabkan kematian ke atas Nhaveen, di Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, antara jam 11 malam hingga 12 malam, pada 9 Jun lalu.
BACA: Kematian Nhaveen dapat perhatian masyarakat antarabangsa
BACA: Ambil iktibar melalui kes T. Nhaveen - Saravanan
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mohamad Amin kemudian mengarahkan semua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin, selain menetapkan 28 September hadapan bagi sebutan semula kes.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen George Town, kesemua tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata ke atas seorang lagi mangsa iaitu T. Previin, 19.
BACA: Kes T. Nhaveen diklasifikasikan sebagai kes bunuh - Khalid
Bagaimanapun, kesemua mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suaibon.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu menggunakan topi keledar pada tarikh, masa dan lokasi yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Irwan kemudian mengarahkan semua tertuduh tidak dibenar diikat jamin, dan menetapkan 21 Ogos hadapan bagi sebutan semula itu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sim dan Nurul Fatin Hussin, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar dalam satu kenyataan berkata, seorang lagi suspek dikenakan perintah bon 118 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan dijadikan sebagai saksi pendakwaan.
BACA: Jasad mangsa buli T. Nhaveen selamat disemadikan
BACA: 'Apa yang dia lakukan sehingga mendapat balasan sebegini?' - Ibu T. Nhaveen
Astro Awani
Mon Jun 19 2017
![Empat remaja termasuk pelajar tingkatan 4 dan 5 didakwa bunuh Nhaveen Empat remaja termasuk pelajar tingkatan 4 dan 5 didakwa bunuh Nhaveen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/61497863597_DakwaNhaveen.jpg)
Kesemuan mereka didakwa menyebabkan kematian ke atas Nhaveen, di Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, antara jam 11 malam hingga 12 malam, pada 9 Jun lalu. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
![Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740137100_AzanMaghribawal.jpg)
Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.
![Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740032529_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740133923_PolistumpasSindik.jpg)
Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
![Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739182022_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.
![Penganggur didenda RM3,500 rakam video wanita tukar pakaian di bilik persalinan Penganggur didenda RM3,500 rakam video wanita tukar pakaian di bilik persalinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Penganggur didenda RM3,500 rakam video wanita tukar pakaian di bilik persalinan
Seorang lelaki didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam video mangsa yang sedang menukar pakaian di bilik persalinan.
![Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 22 kilogram Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 22 kilogram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 22 kilogram
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 22 kilogram (kg) awal bulan ini.
![Disyaki terima rasuah RM900,000, dua individu termasuk pengarah agensi kerajaan direman Disyaki terima rasuah RM900,000, dua individu termasuk pengarah agensi kerajaan direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736334182_sprmbernama.jpg)
Disyaki terima rasuah RM900,000, dua individu termasuk pengarah agensi kerajaan direman
Dua lelaki termasuk seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di Terengganu direman enam hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000.
![Anak demam di Australia, Nurul Shuhada tidak hadir mahkamah Anak demam di Australia, Nurul Shuhada tidak hadir mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737370727_TBHafidzRoshdi.jpg)
Anak demam di Australia, Nurul Shuhada tidak hadir mahkamah
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menetapkan 8 dan 13 Mei depan untuk tarikh akhir kehadiran pempengaruh, Nurul Shuhada Mat Shukri bagi prosiding kes perbicaraan dicederakan bekas suaminya.
![15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi 15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725431069_EbitLew.jpg)
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
![Lima individu ditahan bantu siasatan kes seleweng dana pelaburan RM104 juta Lima individu ditahan bantu siasatan kes seleweng dana pelaburan RM104 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736959012_sprm.jpg)
Lima individu ditahan bantu siasatan kes seleweng dana pelaburan RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
![Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian kes memberangsangkan tahun lepas Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian kes memberangsangkan tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736505117_TBRAHMANSEBLI.jpg)
Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian kes memberangsangkan tahun lepas
Badan kehakiman di Sabah dan Sarawak merekodkan pencapaian cemerlang pada 2024, dengan kedua-dua negeri menunjukkan kadar penyelesaian kes yang memberangsangkan pada semua peringkat mahkamah.
![Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736510577_TBKEKASIHDADAH.jpg)
Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah
Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Singapura didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar serta memiliki pelbagai jenis dadah pada Disember tahun lepas.