Empat sekeluarga yang dalam perjalanan menghadiri kenduri pertunangan saudara mereka maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 51 Jalan Temerloh-Kemasul di sini hari ini.
Mangsa yang menaiki kereta Perodua Viva ialah pemandu Nor Amri Mohd Ali, 35, isterinya Siti Rahmah Abidin, 33, di tempat duduk hadapan.
Manakala kakak ipar pemandu, Siti Zubaidah, 40, dan anak bongsunya Aqil Ziqri Shah Kamaruzaman, 6, pula berada di tempat duduk belakang.
BACA: Empat maut dalam kemalangan babitkan tiga kenderaan
Menurut Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintenden Mansor Samsudin, dalam kejadian jam 1.50 petang itu, kesemua mangsa dalam perjalanan ke rumah saudara mereka di Serting, Negeri Sembilan.
"Apabila sampai di tempat kejadian, sebuah lori dari arah depan telah terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah lori dan kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki mangsa.
"Akibat pelanggaran itu menyebabkan empat orang yang menaiki kereta jenis Perodua Viva meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Katanya, seorang lagi penumpang kereta itu, Nor Shuhada Shukri, 29, dan pemandu lori, Norzamri Mohd Nor, 39, cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan.
"Seorang lagi pemandu lori berusia 54 tahun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Beliau berkata kesemua mangsa yang maut sudah dihantar ke Unit Forensik Hoshas untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan termasuk mengesan saksi kejadian.
Noraniza Kamsani
Sun Jun 16 2019
Keadaan kenderaan mangsa yang terlibat kemalangan di Kilometer 51 Jalan Temerloh-Kemasul di sini hari ini. -Foto JBPM
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
'Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa pengalaman sepanjang meyertai Kembara Kenali Borneo masih meninggalkan kesan kepada Seri Paduka Baginda sekeluarga.
Agong berkenan rasmi Jambatan Guai, harap bawa pembangunan kepada penduduk sekitar
Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai di Bera, hari ini.
Perkukuhkan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini merasmikan pertandingan Golden Mathematics Challenge 2023 di Maktab Rendah Sains Mara ATM Bera.
Pekerja kilang maut, motosikal bertembung lori
Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 35 Jalan Temerloh Bahau di Bera.
"Saya harap Bajet 2023 yang dibentang semula ditambah baik" - Ismail Sabri
Berharap semua projek pembangunan yang dibentangkan dalam Bajet 2023 pada tahun lalu, khususnya yang menjaga kepentingan rakyat.
Lelaki bertopeng tetak mangsa, larikan kenderaan di Bera
Polis Bera menerima maklumat berkaitan kejadian pada pukul 10.10 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
PRU15: 'Saya janji jika diberi peluang, pelbagai perancangan diteruskan untuk rakyat' - PM
Jika mandat rakyat berpihak kepada BN kata Ismail Sabri lagi, lebih banyak perancangan akan dibuat demi memanfaatkan rakyat.
PRU15: Syarat 'walkabout' menyusahkan, bayaran permit iklan pilihan raya tak munasabah - Calon PH
Calon DUN Guai PRU15 Noraini Abdul Ghani mengecam tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenakan syarat permohonan permit 'walkabout' di tempat tumpuan awam.
Nasib penjaja, peniaga kecil tidak pernah dipinggir - Ismail Sabri
Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan penjaja dan peniaga kecil dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup mereka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ekonomi negara semakin pulih hasil toleransi Keluarga Malaysia - PM
Sikap toleransi yang ditonjolkan rakyat dalam Keluarga Malaysia membolehkan ekonomi negara terus bangkit.