Polis telah menahan empat suspek yang menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di hadapan sebuah tadika di Sungai Chua, di sini, pada Jumaat.
Salah seorang suspek itu termasuk pemandu teksi yang membawa pulang mangsa, Li Zhi Yang yang dilarikan dua lelaki dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam.
Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Abdul Samah Mat berkata wang tebusan hampir RM300,000 turut dirampas.
Beliau berkata salah seorang empat suspek tersebut adalah warganegara Indonesia.
“Satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes ini. Tangkapan pertama yang melibatkan dua orang dibuat pada lebih kurang pukul 10.10 malam semalam di hadapan sebuah pasaraya di sini.
“Kedua suspek berada dalam sebuah kereta dan pihak polis telah merampas wang tebusan berjumlah RM30,000 yang ditemui di bawah tempat duduk.
“Tangkapan kedua pula dilakukan pada jam 12.15 pagi ini di Kajang Raya melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun di mana polis telah merampas wang tebusan berjumlah RM1,050 dari dalam beg duit milik suspek.
“Pihak polis juga berjaya merampas wang tunai berjumlah RM60,500 dari motosikal yang terletak di rumah lelaki tersebut,” katanya semasa satu sidang media di IPK Selangor, pagi ini.
Abdul Samah juga berkata sejumlah RM200,000 telah ditemui di Plaza Indah Sungai Kajang dan polis merampas sebuah beg berwarna ungu yang digunakan bapa mangsa bagi mengisi wang tebusan di Pusat Perindustrian Sungai Chua.
Katanya lagi suspek keempat telah ditahan di kawasan Perindustrian Bukit Angkat Kajang dan sebuah kereta juga dirampas.
“Sebuah kereta jenis Proton Saga BLM berwarna gelap dengan nombor pendaftaran WUJ 1485 yang digunakan semasa kejadian telah dirampas.
“Antara barangan yang turut dirampas termasuk sebuah teksi, wang tebusan RM291, 550, satu motosikal dan empat telefon bimbit,” katanya.
Abdul Samah juga berkata tiga suspek telah mengaku bersalah manakala seorang mengaku tidak bersalah.
“Suspek dijanjikan upah sebanyak RM10,000 bagi menjalankan perniagaan dan selepas bapa mangsa membayar wang tebusan terbabit kedua-dua suspek mendapat bayaran RM20,000 masing-masing,” katanya.
Tambahnya lagi, punca kejadian ialah selepas suspek mempunyai masalah kewangan.
Dalam kejadian pada Jumaat, sebuah video rakaman kamera litar tutup (CCTV) berdurasi 73 saat tersebar di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak diculik oleh dua orang lelaki.
Video itu menunjukkan dua lelaki memakai kemeja hitam bercakap dengan ibu kanak-kanak tersebut dipercayai untuk bertanyakan jalan sebelum salah seorang daripada mereka tiba-tiba menculik kanak-kanak itu dan dengan pantas meninggalkan tempat kejadian dengan kereta.
Ibu kanak-kanak itu sempat mengejar kedua-dua lelaki tersebut ke kereta sebelum beliau terjatuh.
Beliau kemudian memuat naik gambar anaknya ke akaun Facebooknya, atas nama Cammi Lim Ker Shing, dan meminta bantuan orang ramai untuk mencari anaknya.
Lee ditemukan dalam keadaan selamat lapan jam kemudian oleh seorang pemandu teksi yang kemudian menghantarnya pulang ke rumah keluarganya sejurus selepas itu.
Usaha pihak polis ini turut mendapat ucapan tahniah dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitnya pagi ini.
T K Letchumy Tamboo, Azyyati Ahmad
Sat Oct 10 2015

Polis telah menahan empat suspek termasuk seorang pemandu teksi yang membawa pulang kanak-kanak yang diculik semalam di Sungai Chua, Kajang.
AWANI Ringkas: Jumlah dividen KWSP lebih tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dividen yang kukuh bukti daya tahan KWSP - Amir Hamzah
Pencapaian dividen yang kukuh dan berdaya saing oleh KWSP pada 2024 membuktikan daya tahan serta komitmennya dalam memastikan masa depan persaraan ahli terjamin.

Murid cedera dilanggar SUV ketika melintas jalan
Seorang murid cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang melintas berhampiran kawasan sekolah di Subang Bestari.

Ahmad Khairuddin dilantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN
Ahmad Khairuddin Abdullah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN yang baharu.

Mawar merah 'terakhir' buat Akiko Okimura
Jenazah isteri usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okimura selamat dikebumikan kira-kira jam 9 pagi Sabtu.

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.

Skim Jaminan SJPP, SJKP beri akses pembiayaan inklusif kepada sektor gig - Amir Hamzah
SJPP dan SJKP elah memudahkan jumlah pembiayaan PKS sebanyak RM102 bilion, memberi manfaat kepada 75,000 pemilik perniagaan kecil.
Amirudin tidak bertanding Timbalan Presiden PKR
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengesahkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti Mei depan dan tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang Datuk Seri Rafizi Ramli.
Keputusan ini sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan beliau mencabar kedudukan tersebut.
Keputusan ini sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan beliau mencabar kedudukan tersebut.

SPRM tahan reman wartawan disyaki minta dan terima rasuah kira-kira RM20,000
SPRM menahan reman seorang wartawan sebuah portal berita kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000 sebagai balasan untuk menurunkan artikel.

Masalah pernafasan Pope Francis semakin merosot - Vatican
Keadaan pernafasan Pope Francis dilaporkan semakin merosot selepas mengalami serangan bronkospasme.

Empat suspek culik kanak-kanak ditahan, wang tebusan RM300,000 dirampas
Polis telah menahan empat suspek dipercayai terlibat dalam penculikan budak lelaki berusia lima tahun di Sungai Chua, Kajang pada Jumaat.