Empat individu termasuk seorang bayi lelaki berusia tiga bulan cedera selepas sebuah kren tumbang ke tengah jalan di Bandar Baru Sentul, ibu negara, pada Jumaat.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.34 petang sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul digerakkan ke lokasi.
"Setibanya anggota di lokasi 12 minit kemudian, terdapat sebuah kren berantai telah tumbang dan menghempap tiga buah rumah, dua buah kereta sekali gus menghalang laluan jalan raya.
"Terdapat seorang lelaki, dua wanita dan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mengalami kecederaan akibat insiden tersebut," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah mengesahkan kejadian dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Afiezy Azaman
Fri Dec 13 2019

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan. - Sumber foto: media sosial

Penolong jurutera kanan didakwa terima RM270,400 berkaitan kerja rasminya
Seorang penolong jurutera kanan sebuah agensi kerajaan didakwa menerima wang berjumlah RM270,400 yang berkaitan dengan kerja rasminya.

Petronas terbuka kerjasama dengan Petros, tunggu perincian
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Petronas catat keuntungan bersih RM55.1 bilion
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
AWANI Ringkas: Logo Halal: KPDN bincang Jakim keperluan naikkan hukuman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dua lapisan kawalan elak BPT bersubsidi 'ghaib' di pasaran
Kerajaan memberi jaminan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi yang mula dijual 1 Mac ini, tidak akan 'ghaib' di pasaran.

Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
Misi pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 11 tahun lalu telah dimulakan di Lautan Hindi.
PM jamin percepat PLSB Sungai Golok, jimat kos RM1.7 bilion
Kerajaan memberi jaminan proses pengambilan tanah bagi pembangunan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kelantan akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan - Fahmi
Dari tahun 2022 sehingga 15 Februari 2025, sebanyak 1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurut Akta 588.
KPDN, JAKIM pertimbang keperluan naikkan hukuman
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) sedang berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi melihat keperluan untuk meningkatkan hukuman kesalahan berkaitan penyalahgunaan logo halal.

MITI sasar pertumbuhan pelaburan diluluskan 5 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024.

Bumbung rumah rosak akibat pokok tumbang, hujan lebat di ibu kota
Kejadian yang berlaku di Jalan 2/48A Bandar Baru Sentul itu tidak melibatkan mangsa.

'Tiada siapa paksa beli, kalau rasa mahal masak sendiri'
Kebanyakan pengguna memberi pelbagai pandangan berkenaan perkongsian tersebut antaranya pemilik akaun Facebook, Nik Mohd Kamaruzaman yang kurang senang dengan tindakan individu yang menularkannya.

Warga emas maut kenderaan terjunam dari tingkat tiga
Seorang warga emas berusia 63 tahun maut selepas kenderaan dipandunya terjunam dari tingkat tiga.

Empat termasuk bayi cedera dalam kejadian kren tumbang
Empat orang termasuk seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mengalami kecederaan selepas sebuah kren tumbang ke tengah jalan di Bandar Baru Sentul, ibu negara, pada Jumaat.

Dua penjenayah ditembak mati di Sentul
Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat D9 terserempak dengan dua penjenayah itu ketika menjalankan Ops Rantau di sebuah kawasan pembinaan di Bandar Baru Sentul.