Sekurang-kurangnya enam jawatankuasa baharu akan ditubuhkan di bawah Parlimen seiring proses reformasi institusi penggubal undang-undang itu.
Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata sebuah jawatankuasa khas turut dibentuk untuk memantau sembilan agensi yang bakal diletakkan di bawah Parlimen.
"Itu bukan satu tugas yang mudah di mana memang ada satu jawatankuasa khas yang akan membincangkan perkara ini.
"Satu hari nanti apabila Parlimen mengawal agensi serta suruhanjaya, ia perlu kepada Parlimen yang cukup mantap, termasuk dari segi pentadbiran dan belanjawan," katanya dalam temubual eksklusif kepada Astro AWANI semalam.
Difahamkan, sembilan agensi yang bakal diletakkan di bawah Parlimen adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara (JAN), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Pejabat Pendakwa Raya Negara, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Parlimen Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mohd Rashid bagaimanapun enggan mengesahkan secara spesifik nama agensi dan suruhanjaya tersebut, termasuk jawatankuasa khas yang akan dibentuk.
Beliau pada masa sama yakin proses reformasi Parlimen yang akan dilakukan institusi itu akan mengambil masa kurang dua tahun.
"Sebenarnya kita menetapkan suatu tempoh, iaitu satu penggal, atau lima tahun, atau sekurang-kurangnya dua tahun.
"Bagaimanapun, mungkin dengan bantuan kepimpinan ahli-ahli Parlimen, kita yakin proses ini akan lebih cepat kerana ia ditunggu-tunggu oleh rakyat," ujarnya.
Siapakah ahli Parlimen yang akan memainkan peranan besar dalam memacu reformasi Parlimen?
Nantikan temubual eksklusif bersama Rashid yang akan bersiaran di Astro AWANI pada Ahad ini.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Oct 12 2018
![Enam jawatankuasa bakal dibentuk di bawah Parlimen Enam jawatankuasa bakal dibentuk di bawah Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41539267197_Parlimen.jpg)
Mohd Rashid yakin proses reformasi Parlimen yang akan dilakukan institusi itu akan mengambil masa kurang dua tahun. --fotoBERNAMA / Fail
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Letupan di Ipoh: Polis adakan mesyuarat khas dengan agensi berkaitan pada Selasa Letupan di Ipoh: Polis adakan mesyuarat khas dengan agensi berkaitan pada Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729838503_AziziMatAris.jpg)
Letupan di Ipoh: Polis adakan mesyuarat khas dengan agensi berkaitan pada Selasa
Polis berkata orang ramai tidak perlu khuatir kerana pada masa ini keselamatan mereka terjamin.
![SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718268443_AzamBaki.jpg)
SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa
SPRM menafikan Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan Tan Sri Azam Baki terlibat dalam penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.
![MAIS kerjasama dengan SPRM elak penyelewengan wang sumbangan, zakat MAIS kerjasama dengan SPRM elak penyelewengan wang sumbangan, zakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687947535_SPRMlogo.jpg)
MAIS kerjasama dengan SPRM elak penyelewengan wang sumbangan, zakat
Demi memastikan tiada lagi kes penyelewengan membabitkan wang yang disumbangkan orang ramai kepada agensi dan institusi agama di bawahnya.
![Melaka akan lakukan rombakan besar-besaran agensi negeri - Ab Rauf Melaka akan lakukan rombakan besar-besaran agensi negeri - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703409414_TBRAUFYUSOF.jpg)
Melaka akan lakukan rombakan besar-besaran agensi negeri - Ab Rauf
Rombakan dilakukan ekoran beberapa faktor antaranya budaya kerja lama seperti kerja bertangguh, tidak teliti serta kekurangan rasa termilik.
![KPKT harus jadi pusat kecemerlangan - Nga KPKT harus jadi pusat kecemerlangan - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699509825_TBNGAKORMING.jpg)
KPKT harus jadi pusat kecemerlangan - Nga
Banyak inisiatif yang dilaksana KPKT dan agensi-agensinya bersifat proaktif serta mendahului pihak lain dalam pelbagai aspek.
![Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022 Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685291310_MyGPI.jpg)
Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.
![MITA gesa agensi pelancongan domestik perhebat usaha tarik pelancong asing MITA gesa agensi pelancongan domestik perhebat usaha tarik pelancong asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678885557_TBCAMERON.jpg)
MITA gesa agensi pelancongan domestik perhebat usaha tarik pelancong asing
Beberapa agensi pelancongan tempatan tidak giat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang ideal.
![Kerajaan akan perkukuh pelaksanaan MyMudah - Ismail Sabri Kerajaan akan perkukuh pelaksanaan MyMudah - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655140499_PerdanaMenteriDatu.jpg)
Kerajaan akan perkukuh pelaksanaan MyMudah - Ismail Sabri
Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bersetuju untuk memperkukuhkan pelaksanaan MyMudah di semua kementerian, agensi persekutuan dan negeri.
![SPRM buka kertas siasatan isu kartel daging import guna label halal palsu SPRM buka kertas siasatan isu kartel daging import guna label halal palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71608539524_KASTAM.jpg)
SPRM buka kertas siasatan isu kartel daging import guna label halal palsu
Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
![Petugas PKPD Medan 88 jalani saringan COVID-19 - Polis Petugas PKPD Medan 88 jalani saringan COVID-19 - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61606234786_BandarBaruSalakTi.jpg)
Petugas PKPD Medan 88 jalani saringan COVID-19 - Polis
Medan 88 masih berada di bawah PKPD dan pelaksanaan arahan berkenaan akan ditamatkan pada tengah malam Rabu.