Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran kerana disahkan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam produk ikan sardin tersebut ialah daripada jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.
Beliau berkata KKM juga mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.
"Tahan, Uji dan Lepas merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.
"Sementara bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham turut menjelaskan risiko kepada kesihatan bagi produk ikan dalam tin amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan.
Katanya Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak terlibat dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan.
Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Pengguna mempunyai kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. -- BERNAMA
BACA: Ramai pengguna tidak tahu, kurang yakin berita cacing dalam tin sardin
Bernama
Thu Jun 28 2018

KKM tarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran kerana disahkan mengandungi bendasing. - Astro AWANI

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Enam lagi jenama sardin ditarik balik daripada pasaran
Enam produk ikan sardin tersebut ialah daripada jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.