Telepersidangan antara Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dan juga seorang tahanan Jabatan Imigresen Australia, Sirul Azhar Umar menimbulkan banyak tanda tanya mengenai status identiti panggilan, termasuk oleh peguamnya sendiri.
“Entah dengan siapa Mahfuz bercakap, saya pun tidak tahu. Mungkin Sirul, mungkin bukan. Saya tidak tahu nombor apa yang digunakan Mahfuz untuk menghubunginya,” ujar peguam yang mewakili Sirul, Hasnal Rezua Merican ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Hasnal Rezua, Mahfuz telah bertindak sendiri dalam usaha menghubungi Sirul dan itu dilakukan di luar pengetahuannya mahupun seorang lagi peguam yang mewakili bekas komando itu, Khairul Hisham Kamaruddin.
“Dia (Mahfuz) tidak merujuk atau bertanya kepada kami tentang hal itu,” jelasnya.
Ditanyakan mengenai suasana di tempat Sirul ditahan, Hasnal memberitahu bahawa kawasan tersebut mempunyai kawalan keselamatan yang tinggi.
“Sirul ditempatkan di sebuah bilik. Namun, jangan dibayangkan seperti penjara kerana ia adalah pusat tahanan. Sirul bebas bergerak di beberapa ruangan lain di dalam kawasan pusat tersebut.
“Saya difahamkan, selain dibenarkan membuat panggilan telefon, dia juga memiliki akses kepada internet,” ujar Hasnal.
Dalam perkembangan berkaitan, Hasnal mengetahui tentang usaha Mahfuz untuk membawa ibu Sirul melawat anak guamnya itu di Sydney.
Mahfuz pada Isnin lalu di Pejabat Agung PAS di sini memberitahu, pada Jumaat ini beliau akan mengumumkan tarikh untuk membuat lawatan ke Sydney bagi menemui Sirul. Nama misi tersebut akan dinamakan Mahfuz pada hari itu.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Hasnal berkata bahawa peluang lawatan tidak semudah yang disangkakan.
"Mana-mana pihak yang hendak berjumpa tahanan perlu membuat permohonan rasmi dengan pihak berkuasa.
“Namun begitu, walaupun pihak berkuasa sudah memberi kebenaran kepada pihak yang melawat, Sirul pula mempunyai hak sama ada untuk berjumpa pelawat tersebut atau tidak,” jelas Hasnal.
ARTIKEL BERKAITAN:
Sirul buat panggilan telefon atas pilihan sendiri - Imigresen Australia
Gagal hubungi Sirul 15 kali, telesidang PAS ditamatkan
Panggilan semula Sirul masih gagal dedahkan motif pembunuhan Altantuya
'Kenapa tak percaya? Saya boleh tunjuk missed call Sirul - Mahfuz
Hamzah Hamid
Tue Feb 24 2015
Menurut Hasnal Rezua, Mahfuz telah bertindak sendiri dalam usaha menghubungi Sirul dan itu dilakukan di luar pengetahuannya. - Gambar sumber Facebook Hasnal Rezua Merican
Sabah softwood peruntuk RM3.6 juta bina sekolah CLC sejak 2020
Bagi menyediakan akses pendidikan kepada anak anak pekerja ladang, RM3.6 juta diperuntukkan Sabah Softwood Berhad di Kalabakan sejak Julai 2020
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar ekonomi biru
Kerajaan komited dalam usaha memperkukuh sosioekonomi komuniti nelayan tradisi di Sipitang melalui pelaksanaan inisiatif berkaitan ekonomi biru.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
Keluarga Altantuya desak kerajaan siasat tuduhan Azilah
Keluarga Altantuya Shaariibuu mendesak Kerajaan Madani menjalankan siasatan terperinci terhadap tuduhan yang terkandung dalam afidavit Azilah.
Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.
Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan
Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.
Bapa Altantuya mohon hukuman mati Azilah diringankan kepada dipenjara
Shaariibuu Setev menyatakan permohonannya adalah atas dasar hormat yang mendalam pada sifat kemanusiaan rakyat Mongolia.
Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri hari ini
Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan semakan hukuman mati bekas Azilah Hadri, yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, hari ini.
Gagal bayar RM9.24 juta, keluarga Altantuya fail notis kebankrapan terhadap Razak Baginda
Keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu memfailkan notis kebankrapan terhadap Abdul Razak Baginda.
Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.
Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.
Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Dakwanya, dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia.