Kementerian Kewangan merancang untuk menjual kapal layar mewah 'Equanimity' yang dilaporkan akan tiba di negara ini pada Selasa.
Menterinya, Lim Guan Eng berkata kementerian berhasrat menjual kapal layar tersebut pada harga tertinggi agar Malaysia beroleh kembali kira-kira AS$250 juta (RM1 bilion) – harga yang dilaporkan bagi kapal berkenaan.
"Kapal itu akan berada di bawah jagaan kerajaan Malaysia. Tugas kementerian ialah mendapatkan nilai terbaik bagi kapal tersebut.
"Jika kita biarkan begitu sahaja, setiap hari kita perlu bayar kos penyenggaraan dan aset itu juga akan merosot dan mengalami susut nilai,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini pada Isnin.
BACA: Di mana kapal mewah Equanimity berada sekarang?
Lim berkata Peguam Negara Tommy Thomas akan menyediakan dokumen berkaitan agar kawalan sewajarnya dapat dikenakan ke atas kapal layar itu.
Lim juga berkata kapal layar mewah berkenaan akan dipamerkan kepada umum sebelum dijual.
"Kita harap orang ramai dapat melihatnya. Mungkin tidak keseluruhan kapal tetapi setidak-tidaknya sebahagian," katanya.
Pada Isnin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berterima kasih kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan kerajaan negara itu atas bantuan mereka dalam menyerahkan 'Equanimity' yang dirampas oleh pihak berkuasa republik tersebut kepada Malaysia.
Kapal layar itu dilaporkan dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia yang kini dalam buruan Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low.
Kapal itu disita di Bali pada Februari namun pada April mahkamah Indonesia memutuskan kapal tersebut tidak harus dirampas dan perlu dikembalikan kepada pemiliknya.
Bagaimanapun kerajaan Indonesia merampasnya sekali lagi pada Julai.
Kerajaan Indonesia dilaporkan bersetuju menyerahkan kapal tersebut kepada Malaysia. Kapal itu kini dipercayai dalam pelayaran ke negara ini. -- Bernama
Bernama
Mon Aug 06 2018

GUAN ENG: Kita harap orang ramai dapat melihatnya (kapal). Mungkin tidak keseluruhan kapal tetapi setidak-tidaknya sebahagian. - Astro AWANI/Fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Equanimity: Harga penuh pembelian dibayar dalam tempoh ditetapkan
Genting Malaysia Bhd menjadi pemilik baharu kapal layar mewah Equanimity selepas keuntungan jualan lebih RM0.5 bilion telah dikreditkan ke dalam akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Kylie Jenner sambut hari lahir atas kapal Equanimity
Difahamkan caj dikenalkan untuk pelayaran di atas kapal tersebut ialah sekitar AS$1.2 juta atau bersamaan RM5.1 juta seminggu.

Ismail Sabri desak AG letak jawatan
Naib Presiden UMNO itu berkata, banyak pihak terkejut apabila Tommy mengumumkan kos guaman kes kapal mewah Equanimity berjumlah RM2 juta daripada keseluruhan kos berjumlah RM15.5 juta.

Proses jualan muktamad, Equanimity sah milik Genting
Kerajaan Malaysia mengumumkan, kapal layar Equanimity telah dijual dan diserahkan kepada syarikat Genting Malaysia Bhd dengan harga RM523 juta.

Jualan Equanimity: Balik sini dan dakwa saya, kata Tun M kepada Jho Low
Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan Low yang mendakwa kerajaan sengaja menjual kapal mewah itu pada harga rendah.

Jho Low 'tembak' kerajaan jual Equanimity harga rendah
Usahawan kelahiran Malaysia, Jho Low hari ini mengecam kerajaan Malaysia atas dakwaan sengaja menjual kapal mewah Equanimity dengan harga rendah.

Equanimity: Harga ditawar Genting terbaik - Guan Eng
Harga yang ditawarkan oleh Genting Malaysia Bhd untuk membeli kapal layar mewah Equanimity adalah yang terbaik.

'Kami beli kapal Equanimity RM514.6 juta' - Genting Malaysia
Genting Malaysia Bhd mengesahkan pembelian kapal mewah Equanimity bersama bunker, bahan api, pelincir dan barangan sedia ada di atas kapal itu dengan pertimbangan harga US$126 juta (RM514.6 juta).

Penjualan kapal layar 'Equanimity'
Harga jualan USD126 juta akan dibayar oleh Genting, dan akan diterima oleh Mahkamah, pada penghujung April 2019.

AS jual pegangan hotel untuk dapatkan semula dana 1MDB
Pegangan di dalam hotel Park Lane di New York itu dijual dengan harga kira-kira USD140 juta.