Struktur dan bentuk sedia ada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) perlu dikekalkan serta ditambah baik.
Komander ESSCom, Datuk Hazani Ghazali berkata saranan itu mengambil kira ancaman berterusan yang masih wujud daripada penjenayah rentas sempadan membabitkan jenayah penculikan untuk wang tebusan termasuk penyeludupan senjata dan manusia.
"Hal ini juga berkait rapat dalam jangka masa lima tahun lagi. Kalimantan akan dibangunkan sepenuhnya menjadi ibu negara Indonesia, tidak mustahil akan timbul lagi permasalahan yang tidak dapat dijangkakan.
"Sebab itu saya mencadangkan agar ESSCom dikekalkan selagi ancaman-ancaman yang wujud di negara-negara jiran ini tidak dapat kita neutralkan sepenuhnya," katanya di sini, pada Isnin.
Hazani bagaimanapun tidak menafikan wujud kelemahan namun begitu masih banyak kejayaan dicapai ESSCom sejak ia ditubuhkan tujuh tahun lepas.
Katanya agensi lain yang mempunyai kaitan dengan operasi ESSCom dicadangkan diserap ke dalam struktur perjawatan ESSCom bagi mengukuhkan peranan organisasi keselamatan itu membanteras jenayah di kawasan pantai timur Sabah.
"Kita mencadangkan supaya ESSCOM ini ditambah baik iaitu agensi seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi sebahagian daripada warga ESSCOM," katanya.
Selain itu, Hazani berkata beberapa jawatan juga perlu dinilai semula termasuk dalam aspek perintah dan kawalan termasuk mengkoordinasi aset dan anggota serta tugas pengawasan.
Beliau berkata cadangan itu selari dengan rancangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menubuhkan satu briged lagi di kawasan pantai timur Sabah iaitu di Kalabakan, selain polis mahu mewujudkan dua batalion Pasukan Gerakan Am iaitu Batalion 21 di Kunak dan Batalion 22 di Kudat.
Beliau berkata kebolehan ESSCom sudah sinonim dengan masyarakat di pantai timur Sabah, malahan akan timbul kegusaran dalam kalangan orang awam sekiranya wujud khabar ESSCOM ditutup.
--BERNAMA
Bernama
Mon Feb 10 2020
![ESSCom perlu dikekalkan, tambah baik - Komander ESSCom ESSCom perlu dikekalkan, tambah baik - Komander ESSCom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61581352273_ESSCOM.jpg)
Komander ESSCom, Datuk Hazani Ghazali berkata saranan itu mengambil kira ancaman berterusan yang masih wujud daripada penjenayah rentas sempadan. -Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605421220_TBHazaniGhazali.jpg)
Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit
Polis Keselamatan menggagalkan cubaan kumpulan militan Abu Sayyaf untuk melakukan penculikan untuk tebusan ke atas pemilik ladang kelapa sawit di sekitar Sandakan.
![Siasatan kes cabul peserta Unduk Ngadau, tempoh reman anggota STAR dilanjut Siasatan kes cabul peserta Unduk Ngadau, tempoh reman anggota STAR dilanjut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616495288_PesuruhjayaPolisSa.jpg)
Siasatan kes cabul peserta Unduk Ngadau, tempoh reman anggota STAR dilanjut
Siasatan kes membabitkan bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu kini membabitkan dua hingga tiga laporan polis yang dibuat terhadapnya.
![Dakwaan cabul peserta Unduk Ngadau, Ahli parti STAR direman empat hari Dakwaan cabul peserta Unduk Ngadau, Ahli parti STAR direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622702910_cabulundukngadau.jpg)
Dakwaan cabul peserta Unduk Ngadau, Ahli parti STAR direman empat hari
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Lovely terhadap lelaki berusia 52 tahun itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
![Didakwa cabul peserta Unduk Ngadau, ahli parti STAR ditahan polis Didakwa cabul peserta Unduk Ngadau, ahli parti STAR ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622702910_cabulundukngadau.jpg)
Didakwa cabul peserta Unduk Ngadau, ahli parti STAR ditahan polis
Seorang ahli Parti Star Sabah yang didakwa mencabul salah seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, ditahan polis, pada Khamis.
![Polis Sabah tembak mati lima anggota Abu Sayyaf Polis Sabah tembak mati lima anggota Abu Sayyaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621317123_tembakabusayaff.jpg)
Polis Sabah tembak mati lima anggota Abu Sayyaf
Polis Sabah berjaya melumpuhkan satu kumpulan kecil militan Abu Sayyaf dengan menembak mati lima individu di kawasan rumah setinggan di Beaufort
![Perintah berkurung di ESSZone dilanjut 14 hari lagi Perintah berkurung di ESSZone dilanjut 14 hari lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605421220_TBHazaniGhazali.jpg)
Perintah berkurung di ESSZone dilanjut 14 hari lagi
Perintah berkurung itu meliputi perairan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
![Perintah Berkurung di kawasan Esszone Sabah dilanjutkan hingga 1 Disember Perintah Berkurung di kawasan Esszone Sabah dilanjutkan hingga 1 Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605421220_TBHazaniGhazali.jpg)
Perintah Berkurung di kawasan Esszone Sabah dilanjutkan hingga 1 Disember
Perintah Berkurung di tujuh kawasan perairan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilanjutkan sehingga 1 Disember 2020.
![PRN Sabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi PRN Sabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51600597675_HazaniGhazali.jpg)
PRN Sabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi
Kumpulan tersebut disyaki mempunyai dokumen yang sah untuk memasuki negara ini melalui lorong-lorong tikus.
![ESSCom perlu dikekalkan, tambah baik - Komander ESSCom ESSCom perlu dikekalkan, tambah baik - Komander ESSCom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61581352273_ESSCOM.jpg)
ESSCom perlu dikekalkan, tambah baik - Komander ESSCom
Struktur dan bentuk sedia ada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) perlu dikekalkan serta ditambah baik.
![Esscom cadang bot pancung di Sabah didaftarkan, ada kod warna mengikut daerah Esscom cadang bot pancung di Sabah didaftarkan, ada kod warna mengikut daerah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81567438455_TBpolis.jpg)
Esscom cadang bot pancung di Sabah didaftarkan, ada kod warna mengikut daerah
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) agar semua bot pancung di Sabah didaftarkan sepenuhnya.