Facebook, Twitter PDRM kembali pulih selepas digodam
Akaun Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia kembali pulih pukul 4.38 petang selepas digodam sekitar jam 2.20 petang Isnin.
Shamil Hizamie
Mon Jul 13 2015
Akaun Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia kembali pulih pukul 4.38 petang Isnin.
Akaun Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) kembali pulih pukul 4.38 petang tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melahirkan kesyukurannya kepada pasukan Media Sosial PDRM kerana berjaya memulihkan akaun tersebut.
Terdahulu, laman Facebook dan Twitter rasmi PDRM telah digodam oleh pihak yang menggelarkan diri mereka #AnonGHost pada jam 2.20 petang. Ini telah disahkan oleh Khalid.
Pihak penggodam berkenaan dipercayai menukar paparan cover photo Facebook PDRM selain menukar gambar utama profil tersebut seminit kemudian.
Pihak penggodam itu turut memuat naik gambar militan IS beserta kapsyen "Viva Islamic State".
Cover photo yang ditukar oleh pihak penggodam di laman Facebook PDRM siang tadi
Laman Twitter PDRM turut terkesan dengan godaman itu.