Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bercadang mewujudkan sebuah pusat pemasaran hasil pertanian dan produk makanan di Sabah bagi merancakkan sektor pertanian dan industri berasaskan pertanian di negeri ini.
Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata pusat pemasaran seperti yang terdapat di Satok, Kuching, Sarawak itu juga akan memberi manfaat kepada golongan petani untuk menikmati hasil titik peluh mereka secara wajar.
"Saya telah singgah di daerah Putatan dan melihat tanah yang dipersetujui oleh pihak berkuasa tempatan untuk kita bangunkan sebuah pusat pemasaran pertanian seperti yang terdapat di Satok, Kuching, Sarawak.
"Hasil-hasil tanaman, pengeluaran dan produk makanan kita boleh himpunkan dan di situ (lokasi itu) adalah laluan lebuh raya dari negara Brunei. Maknanya, tarikan pelancongan dan pengguna-pengguna tempatan amat tinggi. Jadi harus kita pertingkatkan (wujudkan) tapak yang sesuai," katanya.
Badruddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Bersama Usahawan dan Peserta Ladang Kontrak Daerah Tenom di sini pada Isnin yang turut dihadiri Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak dan Pengarah FAMA Sabah Ribin Wahid.
Menurut Badruddin, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan negeri Sabah serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berhubung cadangan itu dan sekiranya semuanya berjalan lancar, pihak FAMA akan melaksanakan program berkenaan pada tahun ini.
Katanya apabila siap kelak, hasil-hasil pengeluaran pertanian di Sabah, jenis-jenis makanan berasal dari seluruh Sabah yang dihasilkan pelbagai suku kaum akan dipasarkan kepada pengguna di dalam negara serta pelancong luar.
"Makanan Kadazan Dusun, Bajau dan Murut boleh diperkenalkan di situ. Jadi pengunjung bukan sahaja mengenali kaum-kaum di Sabah tetapi merasai makanan mereka," katanya.
Katanya reka bentuk pusat berkenaan akan direka berasaskan kebudayaan serta kesenian negeri Sabah agar ianya menjadi satu lagi daya tarikan pelancongan di negeri ini.
Badruddin berkata FAMA turut berminat untuk mewujudkan medan buah-buahan tempatan di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu bagi membolehkan pelancong menikmatinya sekali gus menjadi produk pelancongan negeri ini.
Mengenai rungutan petani di Tenom, Badruddin berkata FAMA akan mewujudkan sebuah pusat pengumpulan hasil pertanian di daerah berkenaan dan dijangka mula beroperasi April ini.
Katanya selain pusat pengumpulan berkenaan, FAMA juga bercadang mewujudkan pusat pengumpulan mini hasil pertanian di kawasan-kawasan tertentu bagi memudahkan petani memasarkan hasil mereka dengan FAMA.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2017

FAMA bercadang mewujudkan sebuah pusat pemasaran hasil pertanian dan produk makanan di Sabah. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

FAMA jamin bekalan kelapa menjelang Ramadan mencukupi
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi menjelang Ramadan ini, susulan langkah intervensi yang telah diambil bagi mengatasi isu berkenaan.

Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.

500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.

Ladang tembikai wangi premium pertama di Malaysia: Mardi, Fama beri khidmat rundingan
Antara bantuan yang diberikan Mardi dan FAMA ialah khidmat rundingan berhubung pengendalian lepas tuai.

Lebih 85,000 anak pokok terjual di MAHA 2024
Lebih 85,000 anak pokok dijual sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang boleh memanfaatkan tanah seluas 839 hektar.

MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh
FAMA yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.

FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.

FAMA sasar RM5 juta jualan di MAHA 2024
Sasaran itu meliputi lima kluster termasuk Kingdom of Agro Food; Food Empire & Food Viral; Food Truck Fiesta; Food Trade dan Rhythm of Farmers.

FAMA, TikTok anjur Kursus Pemasaran Digital buat usahawan OKU
FAMA dengan kerjasama TikTok Shop menganjurkan Kursus Upskilling Live Marketing bagi meningkatkan kemahiran usahawan OKU dalam pemasaran digital bermula Jumaat hingga Ahad lepas.

Ekspo Malaysia Fest sasar jualan RM20 juta, 140,000 pengunjung di Singapura
Ekspo Malaysia Fest 2024 selama empat hari bermula Khamis di Singapore Expo, Changi, menyasarkan nilai jualan langsung hampir RM20 juta dan 140,000 pengunjung.