Pemenang juara pertandingan FameLab International 2018, Dr Siti Khairiyah Mohamad Hanafiah ingin teruskan kajian mengenair tuberculosis (TB) atau batuk kering.
Pensyarah Sekolah Sains Biologikal, Universiti Sains Malaysia (USM ) itu berkata, niat utama beliau juga adalah untuk menceburi soalan-soalan asas tentang penyakit itu.
"Saya akan teruskan kajian tentang tuberculosis tetapi juga nak menceburi soalan-soalan asas tentang penyakit itu," katanya kepada Astro AWANI, sebaik sahaja diumumkan pemenang tahun ini.
Dr Siti Khairiyah juga menyifatkan kemenangan beliau pada pertandingan itu, memberi satu makna baru.
Ia sebenarnya menunjukkan kepada dunia, rakyat Malaysia sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang sains dan teknologi.
Dr Siti Khairiyah diangkat sebagai pemenang selepas juri berpendapat, beliau membawa lebih sekadar kajian mengenai TB, yang merujuk kepada kelantangan suara beliau ketika membentangkan kajian, hingga menangkap perhatian semua hadirin.
Beliau memaklumkan membuat persediaan untuk pembentangan sekitar tiga minggu selepas dimaklumkan mewakili Malaysia, apabila menang di peringkat kebangsaan.
Dr Siti Khairiyah berkata beliau terhutang budi kepada majikannya, dan semua yang terlibat dalam kajian, tidak terkecuali sokongan daripada MIGHT dan British Council.
FameLab adalah pertandingan menguji kemahiran peserta menyampaikan konseps sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam bentuk kreatif dan bahasa yang mudah difahami orang awam.
Bagi peringkat akhir yang diadakan sempena Festival Sains, di Universiti Schecil, United Kingdom, Dr Siti Khairiyah menewaskan 11 peserta lain untuk dinobatkan juara tahun ini.
Astro Awani
Fri Jun 08 2018
Dr Siti Khairiyah menyifatkan kemenangan beliau pada pertandingan itu, memberi satu makna baru. - Foto MIGHT
Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Banjir: Padi hampir dituai tenggelam, petani di Lubuk Batu rayu bantuan
Petani di kawasan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lubuk Batu dekat sini terpaksa menanggung kerugian lebih RM2 juta apabila hampir keseluruhan kawasan sawah seluas 232 hektar tenggelam akibat banjir
ACLE: Beraksi di sini adalah impian saya - Arif Aiman
Penyerang JDT, Arif Aiman meluahkan bahawa beraksi di pentas besar seperti Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) merupakan impian buat dirinya.
AWANI Ringkas: Saifuddin bidas tindakan PN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MPI umum Ainol Amriz sebagai CEO baharu
Institut Akhbar Malaysia (MPI) mengumumkan pelantikan Ainol Amriz Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.
LRA Bukit Pinang Fasa 1 dihenti tugas akibat banjir - SADA
Henti tugas LRA itu menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Kota Setar dan sebahagian daerah Kubang Pasu melibatkan kira-kira 35,000 akaun pengguna.
Malaysia sambut baik usaha PBB laksana keputusan ICJ tamat pendudukan haram Israel
Malaysia mengalu-alukan keputusan PBB untuk melaksanakan keputusan ICJ bagi menamatkan pendudukan haram Israel ke atas Palestin.
Runway umum kerjasama dengan Lionsgate, guna AI dalam penghasilan filem
Model AI ini dijangka mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti kandungan, dengan potensi pelesenan kepada pihak lain.
AWANI Ringkas: Banduan Sungai Buloh larikan diri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Permohonan ikat jamin Sean Diddy Combs ditolak kali kedua
Sean "Diddy" Combs dinafikan ikat jamin untuk kali kedua dan ditahan pada Selasa selepas mengaku tidak bersalah di mahkamah persekutuan atas tuduhan pemerasan dan pemerdagangan seks.
Mohd Hazreen ungguli Famelab 2019 peringkat kebangsaan
Mohd. Hazreen Abdul Rashid diangkat sebagai juara selepas berjaya mengenepikan 11 peserta lain dalam pertandingan akhir Famelab Malaysia 2019 peringkat kebangsaan di ibu negara pada Jumaat.