Selepas didakwa atas empat pertuduhan minggu lalu, pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dadah jenis THC.
Farid, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.
Farid tiba di Kompleks Mahkamah pada 10.10 berpakaian sut biru gelap ditemani adiknya, Fadzil Bahari Zahari, 35 dan beberapa anggota keluarga lain.
Mengikut pertuduhan, hero filem Lagenda Budak Setan dan V3 Samseng Jalanan itu didakwa telah menggunakan dadah berbahaya jenis tetra hydrocannabinol atau THC di Pejabat Narkotik Daerah Petaling Jaya, pada 4.30 petang, 11 Jan lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum menerusi Seksyen 15 dan Seksyen 38B akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya dan diwajibkan pengawasan polis selama dua tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik tidak menawarkan sebarang jaminan, bagaimanapun Farid yang diwakili peguam Athari Bahardin memohon mahkamah membenarkan jaminan terhadap anak guamnya atas alasan dia menanggung dua anak yang masih kecil.
"Tertuduh bekerja dalam industri hiburan dengan pendapatan tidak menentu, dia juga menanggung ibu bapa yang sudah tua manakala adik tertuduh, Fadzil yang akan menjaminnya pula bekerja dalam bidang pengiklanan dengan pendapatan RM4,000 sebulan. Mohon jaminan dikurangkan,” katanya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah hingga kes selesai dan menetapkan 5 Mac untuk sebutan semula kes.
Pada 16 Jan lalu, Farid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam di Kaunter Pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara, Petaling, di sini pada 11 Jan lalu.
Bagi kesemua pertuduhan itu, mahkamah membenarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 5 Mac.
Dalam kejadian, pelakon itu dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2018

Pelakon Datuk Farid Kamil (tengah) sewaktu hadir ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk mendengar pertuduhan atas penyalahgunaan dadah hari ini. - Foto BERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Farid Kamil didakwa guna dadah jenis THC
Datuk Farid Kamil Zahari sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dadah jenis THC.