Felda berkeyakinan dapat memperoleh semula hak milik empat bidang tanahnya di Jalan Semarak menerusi usaha yang telah dilakukan setakat ini termasuk membuat laporan polis serta mendaftarkan kaveat ke atas tanah terbabit.
Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Felda tidak bertindak sendirian kerana segala langkah yang diambil dimaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan.
"Tentunya kita memerlukan sokongan kerajaan kerana Felda adalah agensi kerajaan, Peguam Negara dan Pejabat Tanah kena bantu kita," katanya kepada pemberita selepas majlis berkhatan kawasan Parlimen Johor Bahru di Rumah Pangsa Larkin di sini hari ini.
Ditanya mengenai kemungkinan berlaku penipuan berhubung urusan pindah milik tanah tersebut, Shahrir yang juga Anggota Parlimen Johor Bahru, berkata pandangan peguam Felda, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Peguam Negara menjurus ke arah itu.
"Bukan seorang (yang meneliti kes itu), banyak peguam yang tengok," katanya.
Shahrir juga berkata Felda menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan bagi mengenal pasti dalang sebenar dalam isu berkenaan.
"Laporan polis sudah dibuat, biarlah polis siasat. Negara kita ada rekod, semua latar belakang syarikat, pengarah, semua boleh dicari di Suruhanjaya Syarikat Malaysia," katanya ketika mengulas gesaan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda Tan Sri Rozali Ismail agar Felda mendedahkan pihak yang bertanggungjawab.
Mengulas lanjut, Shahrir berkata Felda turut menyerahkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk disiasat.
"Pada saya berlaku 'fraud' (penipuan), berlaku perbuatan jenayah. Saya hendak umum nama buat apa. Siapa dalam syarikat tersebut boleh dicari," katanya.
Semalam, Shahrir dilaporkan berkata Felda bersedia mengambil segala bentuk tindakan bagi mendapatkan semula hak ke atas tanahnya yang dianggarkan bernilai RM270 juta tersebut.
--BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2017

Shahrir berkata Felda menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan bagi mengenal pasti dalang sebenar dalam isu berkenaan. - Gambar fail

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.

Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.

Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.

Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.

12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.

Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia

'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.

Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.