Pihak kerajaan melalui program Felo Perdana membuka peluang kepada golongan muda yang cemerlang dan berbakat untuk menyertai urus tadbir negara.
Felo yang terpilih akan bertugas di peringkat tertinggi dalam Kerajaan Persekutan membantu Menteri Kabinet dalam melaksanakan agenda nasional.
Mereka yang terpilih harus mempunyai minat di dalam hal ehwal awam dan perancangan dasar kerajaan.
Felo akan bertindak dalam merancang dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan di samping memberi penerangan tentang program kerajaan melalui media sosial dan saluran komunikasi strategik yang lain.
Sebagai pemimpin muda, felo dikehendaki menyumbangkan idea baru dan berani kepada menteri di samping berperanan sebagai jambatan antara generasi muda dan kerajaan.
Felo Perdana dibahagikan kepada dua kategori iaitu Felo Perdana Siswazah dan Felo Perdana Graduan.
Felo Perdana Siswazah terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi. Calon yang berminat perlu bersedia untuk menjalani penempatan sekurang-kurangnya enam minggu.
Felo Perdana Graduan pula terbuka kepada graduan baru dari institut pengajian tinggi. Calon yang berminat perlu bersedia untuk menjalani penempatan sekurang-kurangnya tiga bulan dalam program ini.
Calon yang berminat untuk mengemukakan permohonan perlu menghantar resume beserta esei lingkungan 500 patah perkataan.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Jun ini dan calon boleh melayari www.perdanafellows.com untuk maklumat lanjut.
Hasbullah Awang Chik
Tue Jun 11 2013
Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar ditemukan selamat dan berada di Indonesia.
Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari
Perdana Menteri dijangka melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025, selewat-lewatnya Februari ini.
AWANI Ringkas: Lebih 8,000 calon ditawarkan ke MRSM sesi 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] 38 penduduk dipindahkan ke dua PPS
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Kanowit bagi menempatkan penduduk yang terpaksa berpindah setelah kediaman mereka dinaiki air.
Abang Johari teraju ekonomi baharu Sarawak, tingkatkan hasil negeri
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berpendapat lapan tahun sejak memegang jawatan nombor satu di Sarawak, Premier Tan Sri Abang Johari berjaya melipatgandakan hasil pendapatan wilayah itu kerana keberanian dan kreativitinya.
[TERKINI] Sandwic 'ham dan keju' dijual di UM sah tiada sijil halal' - Jakim
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Ibu bunuh bayi 6 bulan kerana suami kahwin lain
WARGA Kecamatan Mataram Baru, Lampung Timur digemparkan dengan kejadian pembunuhan tragis bayi berusia enam bulan.
ASEAN berpeluang satukan sumber tenaga untuk pembangunan mampan - TPM Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri, ASEAN berpotensi besar untuk menggabungkan kelebihan sumber tenaga.
YDP Agong berkenan lawat mangsa banjir di Johor
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat melawat mangsa banjir di daerah Kota Tinggi, Johor, hari ini (13 Januari).Seri Paduka Baginda melawat
JPJ periksa 37 Puspakom, sita 21 kenderaan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertindak menyita 21 buah kenderaan perdagangan menerusi pemeriksaan terhadap 37 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dalam ops khas sejak 30 Disember lalu.
KBS tamatkan penglibatan peserta Felo Perdana kemuka sijil tidak tulen
Pelajar itu telah menyenaraikan beberapa pencapaian, namun sijil yang dikemukakan bagi satu daripadanya adalah tidak tulen.
Felo Perdana platform terbaik belia selami budaya kerajaan peringkat tertinggi - PM Anwar
Felo Perdana membolehkan belia untuk lebih memahami dasar kerajaan.
Felo Perdana beri peluang belia fahami pentadbiran negara, tugas menteri
Sebelum menyertai Program Felo Perdana itu, ada yang mempunyai pelbagai persepsi terhadap orang politik dan menteri.
Ramai Felo Perdana berjaya dalam sektor awam, swasta dan politik
Perdana Menteri menyifatkan program Felo Perdana memberi manfaat besar apabila ramai pesertanya berjaya dalam sektor awam, swasta mahupun politik.
Wujud peluang untuk mengubah ekonomi ketika krisis - PM
Untuk menamatkan ketidaksamarataan jangka panjang, perhatian perlu diberikan kepada isu asasnya iaitu peluang yang tidak sama rata
Peserta Felo Perdana bersama kerajaan perangi COVID-19, pulihkan ekonomi - Muhyiddin
Edisi ke-8 Felo Perdana menyaksikan 82 orang telah terpilih daripada keseluruhan 600 permohonan.
Belia menongkah cabaran pasca pandemik COVID-19
Ketika ini, pengaruh kapitalisme yang menjadi asas ekonomi global menjadikan segalanya perlu didasarkan dengan materialisme.
Felo Perdana saluran terbaik pemerkasaan dua hala belia dan kerajaan
Promosi Program Felo Perdana telah giat dijalankan di universiti-universiti tempatan bagi membuka peluang kepada pelajar IPT mengenali program ini dengan lebih mendalam.
Felo Perdana: Masa untuk buka mata anak muda - PM
Program Felo Perdana edisi kelima menjadi platform terbaik melatih generasi muda terbabit secara langsung dengan golongan pembuat dasar kerajaan.
Program Felo Perdana beri peluang keemasan lihat pentadbiran negara - PM Najib
Program Felo Perdana memberi peluang keemasan kepada generasi muda melihat sendiri kerumitan mentadbir negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.