Fenomena ini bukan pertama kali malah ianya berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan september, yang mana, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung.
Pengarah Institut Sains dan Teknologi Spatial, Profesor Dr Mazlan Hashim berkata fenomena itu akan menyebabkan waktu siang lebih panjang berbanding waktu normal.
Penipisan lapisan ozon kini, maka pendedahan cahaya matahari pada masa terbabit akan lebih dirasai berikutan suhu yang semakin meningkat terutamanya pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.
“Pada masa ekuinoks ini sebenarnya, matahari akan berada dekat dengan kita dengan Khatulistiwa.
“Jadi apa yang berlaku ialah kita akan mempunyai masa siang yang lebih panjang antara 16 hingga 34 minit tetapi secara tepatnya, kalau kiraan dibuat kita akan tahu, tapi dalam lebih kurang 16 hingga ke 34 minit.
"Bila berlaku siang ini lebih panjang, sudah tentu pendedahan cahaya matahari itu lebih dan dengan keadaan sekarang ini dengan lapisan ozon yang semakin menipis, kita akan mendapat lebih cahaya, lebih tenaga matahari, suhunya akan meningkat lebih tetapi setakat ini, belum ada amaran dikeluarkan sama ada suhu yang kritikal pada waktu ekuinoks ini ataupun tidak.
"Kita harap janganlah begitu tetapi sebenarnya temperature akan naik sedikit daripada waktu waktu normal," katanya.
Mazlan turut berkata demikian kepada Astro AWANI ketika ditemubual selepas majlis sidang media pelancaran ekspedisi ke Antartika di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor Bahru.
“Jadi secara, kita misalnya pada hari tertentu itu kalau waktu-waktu ekuinoks ini dinasihatkan kebanyakkan di bandar-bandar di dunia ini kita nasihatkan untuk tidak mendedahkan atau mendedahkan diri kita kepada matahari dengan banyak. Dan kita nasihatkan supaya lebih banyak meminum air kosong pada hari tertentu.
"Tapi, memang ini adalah amalan biasa pada waktu-waktu musim-musim panas di negeri bermusim kita cuba galakkan menjauhkan pendedahan matahari pada waktu peak antara 12 hingga 3 petang di mana radiasi uv itu lebih kita dapati, jadi suhu adalah tinggi.”