Tahanan reman terhadap dua pegawai pengurusan kanan syarikat berasingan berhubung kes pembelian sebuah hotel empat bintang di Kingston, London oleh Felda Investment Corporation (FIC), disambung empat hari lagi.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanjutkan tahanan reman terhadap kedua-dua lelaki itu bermula esok hingga 31 Julai ini.
Lelaki berumur 36 dan 45 tahun yang merupakan ketua unit harta sebuah syarikat perkhidmatan pos dan pengarah sebuah syarikat perundingan aset itu sebelum ini direman selama enam hari bermula 22 Julai.
Mereka ditahan kerana disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga bagi pembelian hotel berkenaan antara 2013 dan 2015.
Mereka ditahan di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 1 tengah hari pada 21 Julai lepas apabila hadir memberi keterangan mengenai pembelian hartanah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2017

Lelaki berumur 36 dan 45 tahun yang merupakan ketua unit harta sebuah syarikat perkhidmatan pos dan pengarah sebuah syarikat perundingan aset itu sebelum ini direman selama enam hari bermula 22 Julai.- Foto BERNAMA

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Felda dapat kembali hak tanah di Jalan Semarak - Shahrir
Felda mengesahkan ia telah mendapat kembali hak milik tanah di Jalan Semarak daripada Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB), tanpa melibatkan apa-apa kos, kata Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad.

FIC: Reman dua pegawai kanan syarikat disambung empat hari
Tahanan reman terhadap dua pegawai pengurusan kanan syarikat berasingan berhubung kes pembelian sebuah hotel empat bintang di Kingston, London oleh FIC, disambung empat hari lagi.