Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan meneliti dan memperhalusi Lesen Pemameran Filem (EF) bagi sektor pawagam pandu masuk seiring pengamalan normal baharu susulan pandemik COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri perkara itu perlu dilakukan bagi menjaga keselamatan kandungan filem yang bakal ditayangkan agar tidak menjadi 'mangsa' cetak rompak.
"Pawagam pandu masuk adalah di bawah sektor pemameran, mungkin ia wujud disebabkan normal baharu sekali gus menjadi satu trend. Faktor keselamatan adalah kriteria penting yang dititikberatkan kerana kita kena jaga sektor pengeluaran.
"Untuk itu, kita mungkin akan menggubal atau melakukan beberapa penambahbaikan terhadap lesen berkenaan untuk disesuaikan dengan jenis tayangan sebegini. Namun, sehingga hari ini, kita masih belum ada keputusan muktamad," katanya pada Bernama.
Pada 9 Julai lepas, kerajaan bersetuju membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, antaranya pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing, penjualan makanan dibuat secara dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu.
Untuk itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti ini bagi rujukan semua operator yang terlibat.
Menurut Ahmad Idham, pengawalan seperti itu perlu dibuat supaya ia tidak bercanggah dengan agenda Finas untuk memperkasakan industri perfileman di Malaysia.
Mengulas lanjut, katanya, terdapat dua senario bagi pemameran pawagam pandu masuk dalam menayangkan sesebuah filem.
"Sama ada ia akan menjadi platform penayangan filem terkini seiring dengan pawagam sedia ada atau ia boleh menjadi platform yang hanya menayangkan filem lama serta sekadar program 'merakyatkan' filem bagi mempromosikan filem bertema," katanya.
Pada masa sama, beliau menyifatkan konsep pawagam pandu masuk ini sebagai sesuatu yang menarik sekali gus mewujudkan platform hiburan yang lebih santai dan selamat untuk seisi keluarga.
"Cuma, mungkin ia sedikit mencabar kerana negara kita beriklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun, itu akan menjadi kesukaran dalam memilih lokasi yang bersesuaian," katanya.
Seorang operator pawagam pandu masuk, Johnson Lourdes dari Johnson Media Resources berkata pihaknya bersedia memberi perkhidmatan tersebut buat kaki wayang mulai Ogos depan.
Bakal menayangkan pelbagai filem tempatan dan antarabangsa, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi pawagam berkenaan dengan lebih lanjut.
"Setakat ini, kita sudah mengenal pasti beberapa lokasi. Kita sasarkan untuk membawa 250 kereta sekali masuk untuk setiap kali tayangan filem.
"Untuk maklumat lanjut, kami akan mengumumkannya di Facebook kami, JMR Outdoormovies Services, tidak lama lagi," katanya sambil memberitahu ia akan beroperasi pada setiap malam hujung minggu.
Johnson Media Resources, merupakan syarikat pembekal peralatan pemameran filem sejak 2010 turut berpengalaman dalam menganjurkan tayangan filem luar sebelum ini.
Bahkan, Johnson juga optimis pawagam pandu masuk ini akan berjaya seterusnya memberikan pengalaman sinematik yang unik sambil mematuhi SOP yang ditetapkan.
"Kita yakin ia akan dapat sambutan yang memberangsangkan daripada penonton. Sekarang ia adalah trend satu dunia apabila orang lebih menggemari pawagam luar sambil memandu dalam kemudahan tayangan," katanya.
Positif dengan perkembangan baharu terbabit, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha atau nama sebenarnya Panchacharam P. Nalliah, menyifatkan kewujudan pawagam pandu masuk ini relevan dengan situasi semasa selain memberi kepelbagaian pilihan kepada penonton.
"Ia adalah satu peluang baharu dan biasanya apa-apa yang baharu akan buat kita lebih teruja. Kita harap ia boleh berjaya seterusnya menyokong industri perfileman di negara ini," katanya.
Seorang kaki wayang yang juga pelawak terkenal tanah air, Harith Iskander pula beranggapan pawagam pandu masuk akan memberi satu pengalaman baharu yang sangat mengujakan.
"Ini adalah satu perkembangan yang bagus dan platform baharu dalam perniagaan pawagam. Apa yang penting, penonton mahu merasai dan menikmati sendiri pengalaman tersebut. Ia adalah sesuatu yang sangat berharga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020
Setakat ini sudah ada beberapa lokasi yang dikenal pasti untuk tujuan pawagam pandu masuk. - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.