Wanita yang dikatakan menfitnah Pusat Pendidikan Darul Barakah yang diasaskan penceramah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias berhubung isu pencabulan sehingga hari ini masih belum tampil membuat permohonan maaf seperti dikehendaki.
Mohammad Kazim atau lebih dikenali Ustaz Kazim telah menuntut wanita tersebut memohon maaf secara terbuka di akhbar dan laman sosial Facebook.
Peguam Mohd Firdaus Mahamood yang mewakili Ustaz Kazim bagaimanapun berkata wanita itu mempunyai masa sehingga Ahad ini untuk berbuat demikian atau berdepan dengan tindakan susulan.
"Sehingga hari ini kami tidak menerima apa-apa maklumbalas dari wanita tersebut.
"Kita telah menyerahkan surat tuntutan itu pada Isnin lalu dan individu tersebut mempunyai masa hingga Ahad ini," katanya ketika dihubungi.
BACA: Kazim Elias buat laporan polis terhadap Syed Azmi dan Wardina
BACA: Syed Azmi dedah dakwaan cabul pelajar tahfiz: 'Cium Abi sebelum tidur'
BACA: Dakwaan cabul di maahad tahfiz: Tunggu siasatan polis, kata Mahdzir
Ustaz Kazim turut menuntut ganti rugi RM8 juta daripada wanita itu yang merupakan ibu pelajar sekolah tahfiznya yang didakwa menfitnah berhubung isu pencabulan seks, Ogos lalu.
Tuntutan itu telah diserahkan pada 18 November dan mestilah dibuat dalam tempoh tujuh hari mulai tarikh serahan surat tersebut.
Tuntutan itu difailkan melalui firma guaman beliau, Khairul, Suhaila and Hazlina.
Pada Ogos lalu lalu, polis telah menerima aduan mengenai dakwaan pencabulan seksual di maahaf tahfiz itu dan mengambil keterangan 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan sekolah terbabit.
Sebuah posting di Facebook yang dibuat oleh ibu kepada seorang pelajar di pusat pendidikan itu mendakwa berlakunya kes pencabulan seksual dan seks luar tabii di Maahad berkenaan juga telah menjadi viral di media sosial.
Astro Awani
Thu Nov 24 2016

Pada Ogos lalu lalu, polis telah menerima aduan mengenai dakwaan pencabulan seksual di maahaf tahfiz Darul Barakah. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Fitnah tahfiz Darul Barakah: Wanita belum mohon maaf, berdepan saman RM8 juta
Peguam yang mewakili Ustaz Kazim bagaimanapun berkata wanita itu mempunyai masa sehingga Ahad ini untuk berbuat demikian atau berdepan dengan tindakan susulan.