Tampil dengan berpakaian seksi dan mendedahkan sebahagian besar tubuh 'wanita', sekumpulan pondan tanpa segan silu melakukan aktiviti pelacuran di sebuah flat di sekitar bandar ini.
Aktiviti yang dikatakan berlaku sejak 20 tahun lalu itu bukannya tidak pernah dibendung oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) tetapi ia bagaikan surut sebentar sahaja sebelum menyambung semula operasi.
Menerusi tinjauan Bernama, didapati bermula 10 malam hingga 2 pagi, kira-kira 20 lelaki yang bertingkah laku dan berpakaian wanita itu 'menawarkan perkhidmatan' mereka dengan diawasi seorang 'penjaga' untuk meninjau kehadiran pihak berkuasa.
Pada waktu siang, suasana di flat tersebut kelihatan biasa sahaja, namun ketika malam menjelang tiba, golongan pondan ini mula memenuhi beranda rumah dan menggunakan lampu laser berwarna-warni serta bunyian 'istimewa' sebagai isyarat untuk menarik perhatian pelanggan.
Seorang daripada penghuni flat terbabit yang enggan dikenali, berkata kawasan tersebut memang terkenal dengan 'lubuk pondan' sejak sekian lama, malah kebanyakan penghuni yang telah berkeluarga berpindah ke tempat lain ekoran tidak tahan serta bosan dengan kerenah pondan yang sentiasa mengganggu ketenteraman mereka.
"Dalam tempoh 20 tahun ini, pondan-pondan di flat ini silih berganti dan kegiatan mereka ini acap kali diserbu oleh pihak berkuasa tapi keadaan masih berterusan dan tidak dapat dibendung sepenuhnya.
"Kegiatan tidak bermoral mereka memberi kesan negatif terhadap persekitaran setempat dan menunjukkan budaya tidak sihat kepada kanak-kanak dan remaja yang membesar di kawasan tersebut," katanya.
Tinjauan wartawan dari 10 malam hingga 3 pagi itu turut menampakkan bagaimana pondan ini menawarkan perkhidmatan seks mereka dengan harga serendah RM30 hingga RM70 mengikut perkhidmatan yang diminta pelanggan.
Lebih daripada 10 buah kenderaan dilihat memasuki kawasan tersebut untuk tawar-menawar dan mengambil nombor telefon pondan yang mereka suka, semua ini dilakukan menerusi tanda isyarat yang dapat dilihat menerusi tingkap rumah.
Mereka yang berminat akan melakukan pusingan kedua dengan merapati beranda paling hampir dengan tempat penginapan dan membawa pondan tersebut ke tempat lain ataupun melakukan aktiviti menjijikkan di flat terbabit sahaja.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata pihak penguatkuasaan syariah JHEAT telah beberapa kali melakukan operasi bersepadu dan melakukan tangkapan.
Namun katanya, golongan pondan ini bagaikan tidak serik dan masih berterusan melakukan aktiviti songsang dan tidak bermoral itu.
Tambahnya, pegawai dan anggota kini bukan sahaja menggunakan pendekatan tegas tetapi juga melakukan intipan dari semasa ke semasa serta mendekati golongan ini agar mampu memberi teguran secara ilmiah.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia Dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan permasalahan tersebut dan sentiasa bersedia untuk mengambil tindakan tegas.
Berikutan itu katanya, tindakan secara bersepadu melibatkan semua agensi JHEAT, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Daerah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
"Kita mengharapkan semua masyarakat untuk tampil membuat aduan di laman e-maksiat bagi membolehkan pihak berkuasa membanteras golongan ini.
"Kita juga minta kepada pemilik rumah agar tidak memberi sewa rumah kepada golongan pondan jika mengetahui mereka ini menjadikan rumah tersebut sebagai tempat membuat maksiat," katanya ketika dihubungi Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2017

Ketika malam menjelang tiba, golongan pondan ini mula memenuhi beranda rumah. - Gambar hiasan
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Dalam kejadian pada 8.25 malam itu, Nur Damia Umairah Amir Aswadi, 18, dari Kampung Beladau Kolam Manir, maut di lokasi kejadian.

Polis pantau empat lokasi susulan ombak besar, angin kencang
Lokasi berkenaan adalah Pantai Tanjung, Pantai Mengabang Telipot dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus serta Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.

Syarikat keselamatan, empat pengarah didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan
Sebuah syarikat keselamatan dan empat pengarah didakwa atas tujuh pertuduhan gagal melunaskan bayaran cukai perkhidmatan berjumlah RM186,909.08.

Bangkai penyu agar ditemukan terdampar di Pantai Seberang Takir
Bangkai penyu yang hampir reput itu dijumpai seorang peserta Program Pembersihan Pantai Monsun Terengganu 2024 pada 8.30 pagi.

Khalwat berulang: Hukuman sebat depan khalayak dilaksana 27 Dis
Hukuman sebatan syariah luar penjara terhadap seorang tukang rumah yang melakukan kesalahan khalwat berulang dilaksana pada 27 Disember ini.

PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuala Terengganu pagi ini bagi meninjau sendiri situasi bencana banjir di negeri itu yang semakin buruk selain meyantuni mangsa.

Kehadiran paus petunjuk ekosistem marin Malaysia sihat - Penyelidik
Paus itu berdepan beberapa risiko ancaman dari aspek persekitaran lautan Malaysia iaitu berkemungkinan 'tersangkut' di kawasan cetek.

Reman suami isteri edar dadah disambung enam hari
Tempoh reman pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kegiatan pengedaran dadah disambung enam hari lagi, bermula hari ini.

Pengurus syarikat rugi lebih RM200,000 ditipu dalam urusan jual beli balak
ACP Azli berkata kejadian bermula pada 21 Ogos 2022 apabila mangsa ditawarkan suspek membeli kayu balak dengan harga RM450,000.

Pembinaan semula menara jam di Pasar Kedai Payang 1, bangkit nostalgia kemerdekaan
Ramai tidak tahu lokasi Pasar Kedai Payang 1 itu pernah menempatkan monumen penting bagi memperingati kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.