Persiapan misi 'Food Flotilla for Myanmar' masuk fasa akhir dengan sekurang-kurangnya 600 tan bahan makanan dan pakaian mula dihantar ke Pelabuhan Klang pada Sabtu.
Menurut Pengarah Operasi Flotila dan Timbalan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Farid Hassan, 40 buah lori digunakan untuk menghantar barangan dari Masjid Nurul Amin Kampung Delek, ke gudang khas di Pelabuhan Klang.
"Semua persiapan berjalan lancar. Kita bawa sekurang-kurangnya 600 tan beras daripada 1,600 tan bantuan keseluruhan," katanya dalam majlis penyerahan barangan bantuan di Pelabuhan Klang pada Sabtu.
Misi anjuran KP1M dan Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) ini dijadualkan mula belayar ke Yangon, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh pada 3 Februari depan.
Turut hadir dalam majlis penyerahan barangan bantuan tersebut ialah Ketua Penerangan KP1M, Datuk Razali Ramli; Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Zulhanis Zainol; Timbalan Pengerusi Yayasan Amal, Jamuluddin Elias; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Halimah Ali.
Hilal Azmi
Sat Jan 28 2017
Persiapan misi 'Food Flotilla for Myanmar' masuk fasa akhir dengan sekurang-kurangnya 600 tan bahan makanan dan pakaian mula dihantar ke Pelabuhan Klang pada Sabtu. -Foto Astro AWANI/Hilal Azmi
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Food Flotilla for Myanmar: Lebih 600 tan barangan dihantar ke Pelabuhan Klang
Misi anjuran KP1M dan Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) ini dijadualkan mula belayar ke Yangon, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh pada 3 Februari depan.