Isu penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) perlu dikaji secara menyeluruh termasuk implikasi terhadap undang-undang dan geran penyelidikan yang telah diterima dari luar negara.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata walaupun kerajaan sudah membuat keputusan secara prinsip dengan cadangan penggabungan UMT dan UniSZA, dan persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet pada 4 Sept lepas, masih banyak perlu diperincikan terutama dalam memberi penjelasan kepada rakyat.
Beliau berkata pendapatnya bukanlah bermaksud menyokong mahupun membantah, tetapi lebih kepada cadangan supaya kerajaan menilai daripada pelbagai aspek bagi menjamin keputusan tersebut tidak akan memberi implikasi negatif kepada pihak terlibat.
"Memang menjadi hak kerajaan (pusat) untuk pecah atau gabung (universiti), itu hak kerajaan tetapi pada saya, mereka harus belajar tentang isu penggabungan di tempat lain termasuk di luar negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi 'Walk Through Bengkel projek Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Promenade' di sini hari ini.
"Kriteria terpenting pada saya ialah seharusnya diperjelaskan kepada awam supaya tidak keliru. Ini merangkumi alasan apakah serta hujah penggabungan itu, apakah jenis penggabungan ini, adakah ia untuk menyelamatkan sesebuah institusi yang dalam keadaan teruk atau tujuan strategik," katanya.
Ahmad Samsuri berkata menerusi pembacaannya, terdapat kajian dilakukan Jabatan Pendidikan United Kingdom pada 2003 dan 2008 berhubung penggabungan universiti namun mereka merumuskan keputusan itu bukanlah yang terbaik.
"Saya tidak boleh kata wajar atau tidak wajar sebab ada pro dan kontra tetapi dalam konteks ini perlu dilihat antara UniSZA dan UMT. Ia juga akan melibatkan kos perundangan, kesan kepada pekerja dan nama universiti," katanya.
Sementara itu, lebih 1,000 mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berhimpun secara aman di Dewan Sultan Mizan, petang ini bagi menunjukkan bantahan terhadap cadangan penggabungan itu.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2018/219, Muhammad Hasyimi Hasyin Mohd Suddin, 22, berkata beliau mewakili kira-kira 10,000 pelajar UMT menentang penuh cadangan itu yang dikhuatiri akan menghilangkan identiti institusi berkenaan yang berfokus kepada ilmu kelautan.
"Kami mengadakan himpunan secara aman pada hari ini untuk mengumpul suara mahasiswa secara kolektif bagi memberi mesej kepada kementerian bahawa kami tidak bersetuju dan menolak secara total cadangan penggabungan itu," katanya ketika ditemui pemberita di majlis Himpunan Aman Tolak Penggabungan UMT-UniSZA di UMT hari ini.
Mengulas lanjut Muhammad Hasyimi Hasyim yang juga pelajar Tahun Tiga jurusan Kimia Analisis Persekitaran berkata pihak MPP bersama mahasiswa UMT akan terus memperjuangkan perkara itu sehinggalah suara mereka didengari.
"MPP dengan kerjasama Kesatuan Alumni MPP UMT (KAMU) telah melancarkan petisyen atas talian dan sehingga pukul 6 petang tadi hampir 10,000 mahasiswa dan alumni telah menandatanganinya.
Sementara itu, MPP UniSZA dalam satu kenyataan menyeru supaya pelajar tidak membuat spekulasi dan mengambil tindakan terburu-buru berhubung isu penggabungan kedua-dua institusi itu.
Presidennya Harun Osman berkata semua pihak perlu mendapatkan maklumat sahih malah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih dalam usaha menyediakan kerangka pelaksanaan dan pembentukan jawatankuasa penilai.
"Oleh itu MPP percaya kajian secara mendalam akan dilakukan dan maklumat juga akan disampaikan kepada semua pihak berkepentingan termasuk MPP dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 12 2019

AHMAD SAMSURI: Saya tidak boleh kata wajar atau tidak wajar sebab ada pro dan kontra tetapi dalam konteks ini perlu dilihat antara UniSZA dan UMT. - Gambar fail

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.

Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.

Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.

Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.

PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuala Terengganu pagi ini bagi meninjau sendiri situasi bencana banjir di negeri itu yang semakin buruk selain meyantuni mangsa.

PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir
Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen.

DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Terengganu salur RM4.2 juta baik pulih rumah rosak akibat ribut
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata 75 peratus rumah yang kebanyakannya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan atap, telah dibaiki.