Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menyifatkan kematian gajah pygmy di Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan, Tawau, Khamis lepas, sebagai satu pembunuhan kejam dan hasil bedah siasat mendapati lebih kurang 70 peluru ditemukan dalam badan haiwan itu.
Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga berkata, banyak peluru ditemukan dalam badan gajah betina itu sekali gus memberi bayangan keadaan gajah tersebut bertarung menahan kesakitan akibat terkena tembakan senjata api.
"Banyak peluru ada di badan gajah itu dan kita boleh bayangkan keadaan gajah waktu kena tembak... dalam keadaan kesakitan tetapi mungkin tidak mati dan mungkin sebab itu banyak tembakan dibuat (pemburu haram)," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Bagaimanapun, Augustine tidak mahu mengulas lanjut perkara tersebut kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan yang masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian gajah sekali gus mengumpul bukti kukuh untuk membolehkan pihak tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan itu dihadapkan ke mahkamah.
"Kami berharap akan dapat menangkap orang yang membunuh gajah itu dan menyerahkannya kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman tegas," katanya, dan menambah siasatan tersebut tidak mempunyai tempoh masa, namun, ia perlu dibuat dalam masa satu bulan mengikut prosedur operasi standard jabatan.
Augustine berkata, jabatannya akan terus berusaha mendekati dan bekerjasama dengan masyarakat setempat bagi memastikan perkara sama tidak berulang selain meminta mereka membantu mencegah aktiviti pemburuan haram serta menjadi saksi sekiranya mengetahui atau melihat ada pihak melakukan aktiviti itu.
Pada Khamis lepas, sekumpulan pemancing menemukan bangkai gajah pygmy di Sungai Udin, Dumpas di Kalabakan, dekat Tawau, dan dipercayai mati antara tiga hingga empat hari.
Gajah betina dianggarkan berusia antara 11 hingga 12 tahun dengan ketinggian 1.8 meter itu ditemui dalam keadaan terduduk berhampiran tebing sungai dan pemeriksaan awal pasukan JHL mengesan luka di bahagian pipi, kepala, badan dan punggung gajah berkenaan, akibat tembakan senjata api. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 30 2019

Gajah pygmy dibunuh secara kejam dengan 70 butir peluru ditemukan dalam badan binatang itu.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Gajah pygmy dibunuh kejam, 70 peluru ditemui dalam badan
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menyifatkan kematian gajah pygmy di Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan, Tawau, Khamis lepas, sebagai satu pembunuhan kejam