Majikan wajib membayar gaji pekerja untuk tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa 18 hingga 31 Mac ini.
Menurut peguam sumber manusia, Firdaus Zakaria, Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan berlandaskan kepada tiga akta iaitu Akta Kerja 1955, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Akta Polis 1967 yang mewajibkan pekerja untuk berada di rumah.
"Ini adalah arahan untuk semua pekerja bekerja seperti biasa, cuma bekerja dari rumah. Ia bukan pelepasan cuti. ia satu kaedah mengawal pergerakan sahaja.
"Mereka perlu dibayar gaji sepert biasa, cuma soal elaun itu adalah perkara yang berbeza kerana ia bukan suatu kemestian untuk dibayar," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Firdaus berkata, bagi pekerjaan yang tidak boleh dilakukan di rumah seperti operator pengeluaran, pihak majikan wajib menanggung bayaran gaji untuk tempoh Perintah Kawalan pergerakan.
"Ia perlu dipatuhi, contohnya pekerja kilang yang mesti berada di kilang, namun susulan arahan kerajaan untuk berada di rumah, mereka perlu berada di rumah masing-masing. Mereka mesti dibayar gaji dan tidak boleh dipotong," kata Firdaus.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman pada Isnin berkata, 14 sektor kritikal sahaja dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Sektor itu merangkumi air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Najib Aroff
Tue Mar 17 2020

Firdaus berkata, bagi pekerjaan yang tidak boleh dilakukan di rumah seperti operator pengeluaran, pihak majikan wajib menanggung bayaran gaji - Foto Astro AWANI

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Median upah bulanan sektor formal naik 4.9 peratus tahun ke tahun
Median upah bulanan pekerja sektor formal naik 4.9 peratus tahun ke tahun kepada RM2,900 pada Dis 2023.

Sektor swasta perlu ikut langkah kerajaan naik gaji pekerja - PM Anwar
Anwar menasihatkan sektor swasta untuk mengikut langkah yang sama dibuat kerajaan bagi menaikkan gaji pekerja mereka.

Bekas pembantu tadbir didakwa lakukan pengubahan wang haram, pecah amanah RM15 juta
Seorang bekas pembantu tadbir kewangan di JKM Sarawak didakwa di Mahkamah Sesyen atas 31 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM15 juta.
![[KOLUMNIS] Langkah tepat memperkenalkan model gaji progresif [KOLUMNIS] Langkah tepat memperkenalkan model gaji progresif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683723195_TBCOVIDTOPGLOVE.jpg)
[KOLUMNIS] Langkah tepat memperkenalkan model gaji progresif
KAJIAN mendapati gaji atau upah menjadi salah satu antara penawar utama untuk mempercepatkan peralihan struktur ekonomi di Malaysia.

Bajet gaji untuk pekerja diunjurkan meningkat pada 2023 - WTW
Organisasi di Malaysia diunjurkan meningkatkan belanjawan mereka untuk gaji pekerja sebanyak lima peratus pada tahun ini.

Majikan disiasat bayar gaji tunai tanpa kerelaan pekerja
Tiga buah kilang diperiksa membabitkan 189 pekerja asing terdiri daripada Bangladesh, India, Nepal dan Myanmar.

Bajet 2022 Singapura: Kerajaan bantu biayai kenaikan gaji antara 2022 - 2026
Pembiayaan itu sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu peralihan sektor perniagaan kepada model gaji progresif.

Buat laporan polis palsu sebab habiskan gaji pekerja untuk judi
Lelaki itu mendakwa duit dan beg sandang berkenaan hilang namun tiada kesan pecah cermin pada kenderaan.

PEMULIH: Kerajaan laksana Program Subsidi Upah 4.0, tiada lagi syarat had gaji - PM
Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 billion menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Bekas eksekutif dipenjara dua bulan, denda RM80,000 palsukan tuntutan gaji
Siti Aishah Mohamad Amir, 31 tahun, mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan membuat tuntutan gaji palsu antara 2018 dan 2019.