Baru-baru ini tular dalam media sosial pengisytiharan harta melibatkan pemimpin PH dan mengejutkan, pendapatan bulanan Menteri Kewangan bersama keluarga melebihi pendapatan Perdana Menteri.
Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula memberitahu gajinya melebihi gaji Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Menurutnya, beliau tidak tahu dari mana Guan Eng mendapatkan wang sehingga membolehkan pendapatannya melebihi Perdana Menteri.
“Gaji saya lagi tinggi dari gaji Menteri Kewangan. Dari mana dia dapat (pendapatan tinggi) saya tidak tahu,” katanya yang disambut ketawa media dan pimpinan PH.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, pada Sabtu.
BACA: Lim Guan Eng punyai pendapatan paling tinggi, atasi Perdana Menteri
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Langkawi itu memaklumkan PH akan menganjurkan majlis makan malam bertujuan mengumpul dana buat parti itu.
“Pemberi derma tidak akan diberi layanan istimewa kerana sistem kita sekarang ialah secara tender.
“Dalam tender yang dibuat, pihak yang akan buat keputusan tidak akan diberitahu siapa yang menawarkan tender.
“Makan malam itu akan diadakan pada 9 Disember nanti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),” ujarnya.
Tambahnya lagi, mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung pada Sabtu turut membincangkan beberapa masalah dalaman parti selain perancangan majlis makan malam itu.
“Kita telah bincang beberapa masalah dalaman dan tak dapat saya terangkan kepada media sebab ia adalah masalah dalaman,” katanya.
Sinar Harian
Sun Nov 04 2018

Dr Mahathir semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, 3 Nov, 2018. Turut sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. --fotoBERNAMA

KSN buat lawatan mengejut ke UTC Kuantan
Lawatan mengejut itu memberi gambaran jelas mengenai apsek yang perlu ditambah baik di UTC Kuantan, kata Shamsul Azri.
Shafie sahkan Warisan bertanding solo semasa PRN
Presiden Parti Warisan yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti pimpinannya setakat ini memilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah secara solo.

Hamas seru rundingan segera fasa kedua gencatan senjata
Hamas sokong cadangan Mesir untuk pembinaan semula Gaza termasuk gesaan pembentukan kerajaan peralihan untuk mentadbir wilayah tersebut.
Israel tidak hormat Ramadan, sasar masjid di Tebing Barat
Tidak hormat Ramadan, Israel sasar masjid di Tebing Barat di mana penduduk Palestin mengutuk tindakan tentera Israel membakar sebuah masjid bersejarah di bandar Nablus, Tebing Barat yang diduduki ketika melakukan serbuan pada Sabtu.
12 cedera dalam insiden tembakan dekat sebuah pub di Toronto
Sekurang-kurangnya 12 orang cedera dalam insiden tembakan dekat sebuah pub di Toronto pada Jumaat malam.
11 terbunuh dalam serangan Rusia di Timur Ukraine
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 30 lagi cedera, termasuk lima kanak-kanak, dalam serangan peluru berpandu dan dron oleh Rusia di bandar Dobropillia, Timur Ukraine.
Dua sukarelawan maut, lapan cedera di Narathiwat
Dua anggota sukarelawan pertahanan terkorban manakala lapan cedera dalam insiden letupan bom di Daerah Sungai Golok, Narathiwat pada Sabtu malam.
Op Taring: Seorang PATI, individu positif dadah ditahan di Rantau Panjang
Dua lelaki termasuk seorang pendatang tanpa izin (PATI) ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9, Briged Tenggara selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan di Pangkalan Haram Pohon Buloh, Rantau Panjang, Kelantan.
260 anak pokok hiasan disyaki bawa serangga perosak dirampas
260 anak pokok tanaman hiasan yang dipercayai berisiko membawa serangga perosak dan penyakit dirampas dalam satu sekatan jalan raya di Lalang Pepuyu, Rantau Panjang pada Sabtu.

'Anak mami yang cantik, Lyla Mulan Teh' - Atikah Suhaime
Bayi perempuan seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal pada jam 5.17 petang.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

KRW FC perlu RM2 juta untuk beraksi pada saingan A1 Liga Malaysia
Dana tersebut termasuk untuk membawa masuk pemain bertaraf bintang dalam pasukan itu selain perbelanjaan pengurusan dan kelab.

Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.

SPKK kumpul dana RM10,000 untuk Palestin
Kempen ini adalah simbol solidariti rakyat Malaysia terhadap Palestin dan mencerminkan nilai ihsan serta belas kasihan.

Ireland peruntuk dana lindungi kejutan ekonomi daripada Trump - PM
Pihak berkuasa Ireland memperuntukkan dana yang besar untuk melindungi negara daripada potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul.

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

China sumbang dana kepada UNRWA, tingkat bantuan ke Gaza
Katanya, China sentiasa memberikan sokongan kepada UNRWA sementara menyeru masyarakat antarabangsa menyokong agensi itu melaksanakan misinya.

Belia perlu kreatif manfaatkan sumber untuk menggerakkan persatuan - Adam Adli
Isu dana persatuan yang tidak mencukupi sering dibangkitkan setiap kali sesi pertemuan dengan pertubuhan belia.

TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.

Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
KDN memahami kebimbangan disuarakan AS berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.