Sempena Hari Guru pada 16 Mei, pelbagai sambutan diadakan bagi memberi penghormatan kepada individu yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan seseorang pelajar.
Seperti biasa, netizen membawa kemeriahan sambutan Hari Guru ke media sosial.
Kalangan mereka berkongsi rakaman gambar sambutan Hari Guru di sekolah masing-masing.
Lebih menarik, paparan gambar kalangan guru yang 'sporting' mengenakan pakaian mengikut tema menyerlahkan lagi sambutan.
Antara yang menarik perhatian ialah sambutan di Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh di mana guru-guru di sekolah itu berpakaian seperti di zaman kesultanan Melayu Melaka.
Sambutan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam, Kuala Terengganu pula meriah dengan penampilan bertemakan era 60-an.
Tidak kurang meriah, guru-guru memakai seragam pelajar sempena sambutan di SMK Yam Tuan Radin, Port Dickson.
Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Kulai Kampung Melayu pula bertemakan Retro.
Tema Hari Guru bagi SMK (P) Almashoor, Pulau Pinang pula adalah Diraja Melayu.
Kohilah Sekaran
Mon May 16 2016

Lebih menarik, paparan gambar kalangan guru yang 'sporting' mengenakan pakaian mengikut tema menyerlahkan lagi sambutan. -Facebook.com / Pantai Timur News
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.
Perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gambar guru sekolah berpakaian mengikut tema viral di media sosial
Seperti biasa, netizen membawa kemeriahan sambutan Hari Guru ke media sosial.