Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun mati dipukul oleh abang angkatnya dipercayai dengan sebatang penukul di rumah mangsa di Persiaran Pengkalan Timur, Taman Desa Pakatan, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abd Aziz berkata, mangsa, Siti Sufiah Halim Ong ditemui meninggal dunia ketika ibunya mahu mengejutkan anaknya kira-kira jam 7.30 pagi.
Menurutnya, polis telah menahan suspek berusia 24 tahun dan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu ketidakupayaan dalam masalah pembelajaran.
Semasa hasil soal siasat, katanya, suspek mengaku telah memukul mangsa dengan sebatang penukul akibat cemburu kerana mangsa didakwa mempunyai hubungan lain.
Beliau berkata polis merampas sebatang penukul, sebatang kayu dan pakaian suspek.
“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.
A.Asmadi berkata hasil soal siasat mendapati mangsa yang mengenali suspek sejak empat tahun lalu tidak pernah bergaduh sebelum ini dan suspek sering datang ke rumah untuk membantu keluarga mangsa sejak kematian bapa mangsa pada 2012.
"Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami hentakan keras di bahagian kepala dengan terdapat dua kesan luka dan lebam di kedua-dua belah kepala serta di sekeliling mata sebelah kiri, patah tulang tengorak di bahagian kiri dan kanan serta terdapat kesan pendarahan di bahagian otak,” katanya.
Beliau berkata ibu mangsa menyatakan anaknya bersama suspek telah datang ke tempat kerjanya pada jam 4.30 petang semalam sebelum suspek menghantar anaknya ke rumah pada sebelah malam.
Sementara itu, ibu mangsa, Siti Sayati Kamil, 46, ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, berkata anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik.
"Dia cuma beritahu mahu menjaga saya sampai bila-bila dan mahu saya berhenti kerja sebagai pekerja di gerai buah-buahan.
Siti Sufiah, yang merupakan anak sulung daripada dua beradik, baru bekerja di sebuah gerai buah-buahan di Pengkalan di sini sejak dua bulan lalu dan bercita-cita mahu menjadi seorang anggota polis.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 23 2020

Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun mati dipukul oleh abang angkatnya dipercayai dengan sebatang penukul. -Gambar hiasan
Kualiti udara di Balok Baru direkodkan sangat tidak sihat
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Balok Baru, Kuantan direkodkan pada tahap 250 iaitu sangat tidak sihat setakat 4 petang
Cubaan seludup diesel, lelaki ditahan di stesen minyak
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak diesel selepas menahan seorang lelaki yang sedang mengisi minyak dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak dekat Pengkalan Kubor, Tumpat, Sabtu lepas.
Ismail Sabri kini suspek, bukan saksi - SPRM
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipanggil untuk dirakam keterangan sebelum ini sebagai seorang suspek, bukan saksi.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ini berdasarkan bukti wang tunai yang ditemukan adalah terkait dengan Ismail Sabri.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ini berdasarkan bukti wang tunai yang ditemukan adalah terkait dengan Ismail Sabri.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Mac 2025.
Tumpuan Selasa – 4 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (3 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

FIFA tarik balik penggantungan Persekutuan Bola Sepak Pakistan
Persekutuan Bola Sepak Pakistan sebelum ini digantung buat kali ketiga dalam tempoh kurang daripada lapan tahun.

Kerajaan promosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan selamat - MITI
Malaysia sebagai sebuah negara dagang secara konsisten berpegang pada prinsip tidak berpihak pada mana-mana blok ekonomi global.

Kualiti udara di Balok Baru direkodkan sangat tidak sihat
Keadaan itu disebabkan oleh kebakaran tanah gambut di sebuah ladang kelapa di Cherating, Kuantan.

Video tular: Polis kenal pasti remaja perempuan pukul rakan sebab abang angkat
Polis mengenal pasti seorang remaja perempuan dipercayai terlibat dalam video menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul di kawasan tangga yang tular di media sosial sejak semalam.

Gara-gara cemburu, remaja perempuan mati ditukul abang angkat
Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun mati dipukul oleh abang angkatnya dipercayai dengan sebatang penukul.