Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) diberi amaran keras susulan tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat dan berunsur lucah pada persidangan Dewan Rakyat kelmarin.
Amaran yang turut ditujukan kepada semua Ahli Dewan Rakyat itu diberikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusoff sebelum sesi perbahasan Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2018 dimulakan dalam sidang pada Khamis.
"Saya ingin menyatakan sekiranya tindakan yang sama diulang, Yang Berhormat Kinabatangan akan dikeluarkan dari dewan yang mulia ini dengan serta-merta untuk satu tempoh diperuntukkan di bawah Peraturan Mesyuarat 44," ujarnya.
Bagaimanapun, ketika amaran itu disampaikan oleh Mohamad Ariff, Bung Moktar tidak berada di dalam dewan.
Sebelum itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming telah memberi peringatan kepada Bung Moktar supaya berada di dalam dewan sebelum sesi soal jawab bermula.
Kor Ming turut menghadiahkan serangkap pantun nukilan pujangga terkenal Indonesia, Hamka kepada Bung Moktar.
"Sila duduk, jangan lari dari dewan kerana Yang Dipertua Dewan Rakyat akan keluarkan petua nanti," katanya.
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi runtuhlah bangsa.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Aug 09 2018
Ketika amaran itu disampaikan oleh Mohamad Ariff, Bung Moktar tidak berada di dalam dewan.
460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam
Sebanyak 460 premis perniagaan di negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), termasuk 50 yang dimiliki bukan Islam.
Hubungan India-Malaysia dijangka terus diperkukuh - Pesuruhjaya Tinggi India
India kini muncul sebagai sumber pelancong yang paling pesat berkembang ke Malaysia, dengan ketibaan melebihi satu juta orang.
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.
MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion
UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.
SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.
Kerjasama pendidikan tinggi di peringkat ASEAN, mampu cungkil kepakaran baharu – Zambry
Jalinan Kerjasama dalam sektor pendidikan dengan semua negara di rantau ASEAN akan mampu mencungkil lebih banyak kepakaran dan kemahiran yang diperlukan di rantau ini khususnya Malaysia.
Pelan Kemajuan Negeri Johor 2030 dilancar Mac ini - Exco
Kerajaan negeri akan melancarkan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 pada Mac ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid.
Lebih 350 trak UNICEF memasuki Semenanjung Gaza
Lebih 350 trak Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memasuki Semenanjung Gaza pada minggu pertama gencatan senjata sebagai usaha mempercepatkan pengagihan bekalan dan perkhidmatan kepada kanak-kanak.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.