Seorang bakal pendidik dijatuhi hukuman 14 tahun penjara dan enam sebatan kerana meliwat murid tahun enam.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Azman Mustapha selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap Mohamad Harman Faiz Hassin yang berusia 28 tahun.
Tertuduh yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.
Azman turut memerintahkan tertuduh mendapatkan sesi kaunseling sepanjang menjalani hukuman penjara serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara nanti.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat mangsa yang ketika kejadian berusia 12 tahun tanpa kerelaannya.
VIDEO: Liwat rakan tahanan: Buruh mengaku tidak bersalah
BACA: Polis siasat dakwaan pengetua liwat dua pelajar sekolah
BACA: Liwat sembilan pelajar, pengetua pusat tahfiz ditahan
Perbuatan itu dilakukan di bilik asrama di sebuah institusi pendidikan guru di negeri ini, jam 1 tengah hari pada 17 September 2016.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam daripada firma Tetuan Syukri, Zamri & Azran.
Astro Awani
Tue Mar 05 2019
Tertuduh yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan. - Foto Astro AWANI
PTPTN akan keluar kenyataan rasmi berhubung cadangan henti pembiayaan - Zambry
Zambry berkata, PTPTN akan berbuat demikian setelah meneliti beberapa aspek dan faktor secara menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan.
Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Georgia disimbah cat hitam
Giorgi Kalandarishvili diserang oleh seorang pegawai parti pembangkang, David Kirtadze pada mesyuarat badan pilihan raya Georgia di Tbilisi.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Lee Lam Thye seru PDRM rombak latihan, utamakan nilai, etika dan integriti
Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan sokongan terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berhubung cabaran semasa yang dihadapi pasukan polis.
Jam saku diberikan kepada kapten bot selamatkan penumpang Titanic, dijual pada harga GBP1.56 juta
Ia adalah jumlah tertinggi yang pernah dibayar untuk memorabilia Titanic, menurut rumah lelongan Henry Aldridge and Son.
Xi adakan pertemuan dengan Biden di Lima
Xi menyatakan kepada Biden bahawa dalam empat tahun kebelakangan ini, hubungan China-AS mengalami pasang surut.
AWANI Global: CIIE 2024: Menuju perkongsian masa depan era baharu
Diskusi dan analisis pasca penyertaan Malaysia di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) 2024 dan kepentingan kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dalam Awani Global jam 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Ujian Sistem Amaran Awal Tsunami dijalankan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 17 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 November 2024
1️⃣ SPRM panggil lima ADUN Sabah
2️⃣ Kerajaan sedia ambil tindakan
3️⃣ Ujian Sistem Amaran Awal Tsunami dijalankan
#awaniringkas
1️⃣ SPRM panggil lima ADUN Sabah
2️⃣ Kerajaan sedia ambil tindakan
3️⃣ Ujian Sistem Amaran Awal Tsunami dijalankan
#awaniringkas
[TERKINI] Ujian urin kepada pengguna vape
KDN memberi lampu hijau supaya pengesanan dadah dilakukan terhadap pengguna vape.
Gara-gara liwat murid, bakal guru dipenjara 14 tahun, enam sebatan
Didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.