Bukan sahaja garis panduan, malah Jakim berhak mengeluarkan fatwa mengenai hiburan dalam Islam.
Penasihat Eksekutif Ilmuwan Malaysia (iLMU) Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata demikian sambil menyifatkan garis panduan itu jelas berlandaskan kepada perspektif Islam yang asal.
"Ia merupakan permulaan baharu dan pencerahan isu-isu berkenaan dengan hiburan," kata Dr Fathul Bari ketika dihubungi Astro AWANI petang tadi.
Beliau mengulas mengenai garis panduan baharu mengenai hiburan dalam Islam oleh Jakim yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat umum dan para penggiat industri hiburan tanah air.
"Garis panduan tersebut, butirannya menurut nas al-Quran, hadis Nabi; maka Jakim cuba menyampaikan garis panduan tersebut memang menurut perspektif Islam yang asal.
"Saya bersetuju dengan garis panduan yang diletakkan oleh Jakim sebagai permulaan baharu bagi pencerahan bagi isu-isu seperti ini.
"Bayangkan, apabila berlakunya benda-benda tak baik ini, akhirnya siapa yang hendak dipersalahkan? Orang akan kata mana Jakim? Mana Jabatan Agama Islam? Mana Mufti? Mana Menteri? Bila dah keluarkan fatwa pun tidak boleh juga, orang nak marah juga," katanya lagi.
Garis panduan tersebut antara lain menggariskan peraturan mengasingkan antara lelaki dan perempuan dalam kalangan penonton.
Malah pengasingan tersebut turut melibatkan persembahan pentas.
Jakim juga menetapkan lawak jenaka yang disampaikan artis hendaklah tidak melampaui batas sehingga membawa kepada ketawa melampau.
Ashwad Ismail
Sun Apr 19 2015

DR FATHUL BARI: Bukan sahaja garis panduan, malah Jakim berhak mengeluarkan fatwa mengenai hiburan dalam Islam. -Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kekejaman Zionis: iKAF hantar 15 lori, trak bantuan ke sempadan Rafah
Lori dan trak bantuan itu, yang dihantar melalui Misi Kemanusiaan Insani 4 Palestin (i4P) iKAF membawa bantuan kecemasan termasuk 30 tan air minuman, 5,000 selimut tebal serta 1,000 tilam.

Pemilihan UMNO: Azlan Man, Mohamad Ali gagal pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian
Azlan tewas kepada bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.

PR1MA fokus bangunkan rumah M40 luar bandar
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan memberi fokus kepada pembangunan rumah golongan M40 luar bandar bagi memastikan golongan tersebut mendapat akses kepada perumahan mampu milik yang berkualiti.

'Kenapa sampai kena selak kain?' - Fathul Bari
Tidak dinafikan golongan transgender atau mak nyah mempunyai hak mereka di negara ini dan diakui tidak pernah berlaku diskriminasi terhadap mereka.

Zakir Naik setuju debat dengan Ramasamy, dengan syarat...
Zakir Naik meletakkan beberapa syarat termasuk sesi debat itu mesti diadakan secara terbuka.

Jangan buka aib isteri kepada umum
Pendakwah, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, dari sudut agama, aurat dan aib isteri perlu dipelihara oleh suami.

Mansuh biasiswa: 'Masyarakat perlu faham isi perbincangan kerajaan' - Fathul Bari
Masyarakat perlu jelas isi kandungan perbincangan kerajaan mengenai isu pemansuhan biasiswa yang dikatakan akibat kegawatan ekonomi.

Isu Farah Ann: 'Ahli politik dan artis pun kena tutup aurat' - Dr Fathul
Dr Fathul Bari berkata sesuatu nasihat itu perlu dibina atas kasih dan sayang untuk memperbetulkan kesilapan, dan bukannya melahirkan kebencian.

Garis panduan hiburan oleh Jakim perlu difatwakan - Fathul Bari
Bukan sahaja garis panduan, malah Jakim berhak mengeluarkan fatwa mengenai hiburan dalam Islam, kata Penasihat Eksekutif Ilmuwan Malaysia (iLMU) Dr Fathul Bari Mat Jahya.