Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena air pasang besar gelombang kedua dijangka melanda negara ini antara 13 hingga 17 Nov depan, kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Zaitun Ab Samad.
Beliau berkata paras kenaikan air pada gelombang kedua berkenaan dijangka tidak setinggi gelombang pertama yang sedang berlaku antara 16 Okt hingga hari ini namun ramalan berkenaan tidak boleh dipandang mudah.
"Kesedaran dan langkah awal masyarakat untuk berpindah lebih awal di pusat pemindahan sekiranya diminta pihak berkuasa adalah penting untuk memastikan keselamatan nyawa mereka dan keluarga terjamin.
"Jangan sayangkan rumah kita kerana nyawa lebih berharga dan tiada nilainya. Saya faham terdapat juga masyarakat enggan berpindah awal sebaik arahan pemindahan dikeluarkan dan kelewatan berbuat demikian akan mengundang pelbagai masalah," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata Nadma akan mengkoordinasikan tugas dan peranan semua pasukan penyelamat di bawahnya seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia dan Rela bagi memastikan kelancaran pemantauan dan bantuan dapat disalurkan dalam tempoh fenomena berkenaan.
Katanya semua agensi berkenaan juga akan menjalankan pemantauan selama 24 jam di semua kawasan berisiko yang berpotensi mengalami kejadian berkenaan agar tindakan segera dapat diambil.
Sementara itu, Zaitun berkata masyarakat yang tinggal di kawasan berisiko mengalami fenomena berkenaan diingatkan supaya memastikan semua dokumen penting disimpan dalam satu fail kalis air agar tidak rosak sekiranya banjir berlaku dan bekalan elektrik di rumah mereka diputuskan.
Beliau berkata apabila fenomena berkenaan berakhir dan banjir di kawasan rumah mereka surut, mereka diingatkan supaya membersihkan rumah terlebih dahulu dan memastikan tiada haiwan berbisa seperti ular di dalam rumah mereka.
Dalam pada itu, katanya MetMalaysia juga meramalkan musim tengkujuh dijangka berlaku pada November depan sehingga Mac tahun hadapan dan semua agensi penyelamat sedang giat memeriksa peralatan penyelamat yang ada dan membuat pembaikan sebagai langkah bersediaan menghadapi musim berkenaan sejak Ogos lepas.
"Agensi teknikal di bawah Nadma seperti Jabatan Ukur Dan Pemetaan Melaka, MetMalaysia, Jabatan Pengaliran dan Saliran dan Remote Sensing Malaysia kan sentiasa mengemas kini perkembangan atau maklumat berkaitan musim tengkujuh ini untuk disalurkan kepada pasukan penyelamat," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Oct 19 2016
Nadma: Semua agensi berkenaan akan menjalankan pemantauan selama 24 jam di semua kawasan berisiko yang berpotensi mengalami kejadian berkenaan. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Kerajaan peruntuk RM25 juta laksana inisiatif RKB pada 2025, sasar 500 projek
Kerajaan memperuntukkan RM25 juta sebagai komitmen pelaksanaan inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dengan sasaran pelaksanaan 500 projek pada tahun depan.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Anwar berkata negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkaya landskap muzik tanah air.
AWANI Global: Risiko perubahan iklim semakin mengherot
Sejauh mana Persidangan Perubahan Iklim COP29 serius mencari penyelesaian terhadap pelan tindakan iklim yang baharu? Ikuti diskusi dan analisis dalam Awani Global 9 malam ini.
Cukai taksiran tidak boleh dinaikkan secara mendadak - Nga
Proses penilaian semula cukai taksiran mesti mementingkan kebajikan rakyat dengan kadar cukai berkenaan tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana langkah itu boleh membebankan rakyat.
PM tiba di Korea Selatan, rakan dagang kelapan terbesar negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Seoul, Korea Selatan, untuk lawatan rasmi atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
AWANI Ringkas: Presiden Persatuan Bolasepak Brunei dipecat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 24 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 November 2024
1️⃣ Dasar Kanak-Kanak Negara jamin suara kanak-kanak didengar
2️⃣ 20% pegawai, anggota bomba dibeku cuti
3️⃣ Presiden Persatuan Bolasepak Brunei dipecat
#awaniringkas
1️⃣ Dasar Kanak-Kanak Negara jamin suara kanak-kanak didengar
2️⃣ 20% pegawai, anggota bomba dibeku cuti
3️⃣ Presiden Persatuan Bolasepak Brunei dipecat
#awaniringkas
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
GV - 'Kembali menyengat', 14 peserta bawakan lagu hit pertama mereka
Pentas Gegar Vaganza musim ke-11 akan membuka tirainya malam ini.
Bertemakan kembali menyengat, 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
Bertemakan kembali menyengat, 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
[LAPORAN KHAS] Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan (Siri 2)
Bila anda nampak sarang lebah, apa perkara pertama bermain di fikiran anda?
Biasanya, pasti kita akan bakar, seterusnya menghapuskan sarang lebah itu. Bukan?
Tahukah anda, ada cara lebih baik untuk menanganinya?
Tak perlu bunuh, tapi selamatkan.
Ikuti siri akhir, laporan Ridauddin Daud, bercakap dengan lebah.
Biasanya, pasti kita akan bakar, seterusnya menghapuskan sarang lebah itu. Bukan?
Tahukah anda, ada cara lebih baik untuk menanganinya?
Tak perlu bunuh, tapi selamatkan.
Ikuti siri akhir, laporan Ridauddin Daud, bercakap dengan lebah.
Mangsa banjir di Batu Pahat menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di daerah ini menurun kepada 232 orang setakat 8 pagi ini berbanding 236 orang yang direkodkan malam tadi.
Banjir: Fenomena air pasang, penduduk Kampung Morten berjaga-jaga
Fenomena air pasang kali ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini sehinggakan dalam tempoh sebulan lima kali kampung itu dinaiki air.
Air pasang besar: Tujuh keluarga dipindahkan di Banting
Setakat jam 3 pagi ini, tujuh keluarga terbabit dalam pemindahan, membabitkan 21 mangsa.
Fenomena air pasang: Empat lokasi di Kemaman berisiko banjir
Fenomena air pasang besar disusuli air yang turun dari hulu menyebabkan limpahan air sungai ke beberapa kawasan kampung di daerah Kemaman.
Fenomena air pasang besar mula landa empat negeri
Fenomena air pasang besar mula melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor sejak lewat malam tadi menyebabkan limpahan ke beberapa kawasan termasuk penempatan penduduk.
Penduduk Kuala Kedah bimbang fenomena air pasang tengah malam ini lebih tinggi
Fenomena air pasang besar yang berupaya menyebabkan ombak melebihi tiga meter dijangka berlaku tengah malam ini.
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Hujan di bahagian hulu ditambah dengan fenomena air laut pasang menjadi penyumbang kepada peningkatan jumlah mangsa banjir di Kedah.
Banjir Kedah: Fenomena air pasang akibatkan banjir semakin buruk
Fenomena air pasang yang berlaku sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Kota Setar dinaiki air, sekali gus menyebabkan jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat.
Hampir 60,000 keluarga terjejas dalam banjir di selatan Thailand
Banjir buruk susulan hujan lebat di empat wilayah di selatan Thailand -Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla telah mengorbankan tiga nyawa dan menjejaskan hampir 60,000 keluarga.
Tiada kawasan dilanda banjir di Klang akibat fenomena air pasang
Kincir air di Jeti Sungai Keramat mampu menahan air laut daripada melimpahi kampung berhampiran.