Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Pusat gempa tersebut terletak 16km Barat Laut Ranau.
Setakat ini tiada gempa susulan dilaporkan.
Bagaimanapun Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini dari masa ke masa.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah (JBPM) ketika dihubungi berkata, pihaknya kini telah memohon bantuan unit udara JBPM untuk memulakan operasi mengeluarkan pendaki di kawasan pegunungan sekitar Ranau.
Ini kerana, laporan yang diterima JBPM, berlakunya runtuhan batu yang menyebabkan halangan kepada pendaki untuk turun ke kawasan yang lebih selamat.
Selain itu, bomba turut melakukan pemantauan bangunan di sekitar pekan Ranau bersama-sama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kerja Raya untuk mengenalpasti jika ada kemungkinan untuk mengosongkan bangunan.
Buat masa kini, pihak bomba masih belum menerima sebarang laporan berkaitan kemalangan jiwa.
Ia turut menyebut Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini.
Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati beberapa Netizen berkongsi gambar kerosakan harta benda selain memuat naik status akibat gegaran tersebut.
Video yang berjaya dirakamkan di Laban Rata, Gunung Kinabalu saat berlaku gempa bumi. Pekerja bertempiaran lari keluar dari bangunan Resthouse apabila melihat pergerakan batu-batu jatuh dari puncak gunung.
Imej salah sebuah rumah sala seorang penduduk di Ranau selepas gempa bumi melanda Ranau. - Foto Twitter
Imej salah sebuah rumah sala seorang penduduk di Ranau selepas gempa bumi melanda Ranau. - Foto Twitter