Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi yang melanda Banda Aceh, Indonesia, hari ini.
"Takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi Aceh. Malaysia berkongsi perasaan sedih Indonesia," kata Perdana Menteri dalam catatan di laman Twitternya.
Datuk Seri Najib berkata Malaysia sedia menghulur sebarang bantuan yang diperlukan Indonesia.
Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia mengesahkan 52 orang maut setakat ini dalam gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter yang melanda daerah Pidie Jaya, wilayah Aceh, pagi tadi.
Namun pihak tentera mengesahkan angka korban bakal melebihi seratus nyawa.
Dilaporkan tragedi itu turut menyebabkan kerosakan harta awam, bangunan pejabat, masjid dan perniagaan di Indonesia.
Sementara itu, Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terjejas dalam bencana tersebut. -- Bernama
Bernama
Wed Dec 07 2016
Datuk Seri Najib berkata Malaysia sedia menghulur sebarang bantuan yang diperlukan Indonesia. - Foto AFP
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
50 dikhuatiri maut, puting beliung landa 5 negeri di AS
Sekurang-kurangnya 50 orang dikhuatiri terbunuh dalam kejadian puting beliung dahsyat yang melanda Kentucky dan beberapa negeri lain di Amerika Syarikat (AS) pada lewat Jumaat dan awal pagi Sabtu.
Wartawan antara mangsa korban serangan udara Israel di Gaza
Serangan udara terbaharu dari tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya enam orang di serata semenanjung Gaza pada Rabu.
Serangan di Gaza: Israel sasar penempatan awam, angka korban meningkat kepada 119
Perpaksa mencari tempat perlindungan sementara di pusat bandar Gaza ketika artileri Israel menghentam utara Gaza, berhampiran kawasan awam yang padat.
Gempa Aceh: Malaysia kongsi perasaan sedih Indonesia - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi yang melanda Banda Aceh, Indonesia, hari ini.
Angka korban gempa bumi Aceh meningkat kepada 97 mangsa
Angka korban dijangka terus meningkat dengan anggota pencari meneruskan usaha menyelamat di kawasan kediaman, masjid dan deretan kedai yang musnah akibat gempa 6.5 magnitud itu.