Lapangan terbang di Kathmandu, Nepal ditutup sementara sebahagian jalan di bandar turut ditutup kerana banyak tiang lampu yang tumbang.
Pendaki Everest negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin bagaimanapun berkata, Pasukan KE7B Kayuhan Tinggi Annapurna dilaporkan selamat dan masih berada di Kathmandu.
"Alhamdulillah. Sebarang maklumat lanjut akan saya maklumkan dari semasa ke semasa, penerbangan saya ke KTM (Kathmandu) hari ini terpaksa dibatalkan dan tunda ke hujung bulan.
"Buat keluarga peserta ekspedisi boleh terus hubungi Siti Zulaikha di 0169035130. Semoga Allah pelihara rakyat Malaysia dan team KE7B di sana.. Bismillah," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.
Pada awal Sabtu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Nepal, Laxmi Prasad Dhakal memberitahu AFP, sekurang-kurangnya 114 orang disahkan terkorban dalam kejadian gempa bumi berskala 7.9 magnitud yang melanda Nepal.
Angka korban bagaimanapun terus meningkat mendadak melebihi 600 nyawa menurut sumber terbaru polis Nepal.
Sementara itu laman Twitter China Xinhua News memberitahu, nasib kira-kira 400 pendaki di sana masih belum diketahui.
Astro Awani
Sat Apr 25 2015
MUHAMMAD MUQHARABBIN: Lapangan terbang Kathmandu ditutup - Gambar fail
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Polis kesan individu pukul lelaki OKU di Dataran Shah Alam
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.
Inflasi Malaysia diunjur cecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025
Inflasi Malaysia diunjurkan mencecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025, dengan mengambil kira langkah dasar domestik yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025.
Usah jadi mangsa fesyen ikut trend 'Old Money'
Bersiar-siar di bawah panas terik matahari dengan memakai kemeja lengan panjang, baju panas (sweater) yang diikat di atas bahu, digayakan bersama seluar panjang slack dan kasut kulit.
Tumpuan Sabtu – 16 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perak akur, terima pakai keputusan MKI GISB sesat
Kerajaan Perak menerima pakai keputusan MKI yang mengisytiharkan ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa GISB sebagai sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam.
[TERKINI] Bekas timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada usia 78 tahun.
Ahli perniagaan rugi RM5.2 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang ahli perniagaan kerugian RM5.2 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Industri inap desa Sarawak jana RM4.95 juta, tarik 41,168 pengunjung pada Januari-September 2024
Industri inap desa Sarawak menjana pendapatan RM4.95 juta dari Januari hingga September tahun ini sambil menarik 41,168 pengunjung sepanjang tempoh itu.
Gempa bumi Nepal: Saya dan pasukan KE7B selamat - Muhamad Muqharabbin
Lapangan terbang di Kathmandu, Nepal ditutup sementara sebahagian jalan di bandar turut ditutup kerana banyak tiang lampu yang tumbang.