Kelab Ekspedisi Global (GEC) di bawah misi perubatan ke Nepal akan memberi lebih fokus ke arah membantu mangsa gempa bumi di kawasan pergunungan di sana.
Presiden GEC, T. Ravichandran berkata memandangkan ketika ini adalah musim yang sesuai untuk pendakian, kebanyakan penduduk di bandar akan mengambil peluang menjana pendapatan di kawasan pergunungan itu.
“Bulan November hingga Februari adalah musim sejuk, jadi musim yang terbaik untuk mendaki gunung ini adalah apabila masuk sahaja bulan Mac sehingga Jun.
“Jadi bagi penduduk tempatan, mereka akan ke kawasan pendakian yang menjadi tarikan pelancong seperti membuka kedai untuk menjana pendapatan.
“Mereka hanya menetap di rumah-rumah atau pondok yang diperbuat daripada tanah liat. Jadi bayangkan apabila runtuhan salji berlaku dan menimpa penempatan mereka,” ujar Ravichandran yang lebih dikenali sebagai Ravi.
Selain itu, pendaki solo Gunung Everest Malaysia ini berkata pengalamannya menghulurkan bantuan semasa insiden di Pakistan memberi pengajaran kepada mereka untuk mengatur ekspedisi misi bantuan ke Nepal.
“Gempa bumi yang berlaku di Kashmir, Pakistan pada 2005 adalah satu insiden yang lebih kurang sama di Nepal ini.
"Rata-rata penduduk yang menjadi mangsa ini tidak mempunyai akses untuk mendapatkan rawatan kerana pusat perubatan jauh di bandar. Mereka hanya merawat sendiri dengan ubatan-ubatan tradisional yang ada.
“Jadi ekspedisi ini kami akan membawa beberapa doktor untuk membantu mereka dengan memberi rawatan yang sepatutnya bagi mengelak kecederaan yang dialami mereka tidak berlarutan,” ujar Ravi.
Ketika ini, antara cabaran yang perlu dihadapi Ravi dan pasukannya adalah apabila doktor sukar untuk mendapatkan cuti bagi membantu mangsa di Nepal memandangkan perkara ini berlaku secara tiba-tiba.
“Pengangkutan juga menjadi cabaran kami ketika ini kerana semua penerbangan komersial telah diberhentikan ke sini; hanya penerbangan ketenteraan sahaja dibenarkan.
"Justeru, kami kini sedang bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk misi perubatan ini,” jelas Ravi ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
Sementara itu, kata Ravichandran, seandainya tiada halangan, pasukan pertama mereka dijadual akan ke Nepal pada 1 Mei dan pulang pada 11 Mei.
Pasukan kedua pula akan berlepas pada 21 Mei dan pulang ke tanah air pada 1 Jun.
Ravichandran merupakan pendaki solo pertama dari rantau Asia Tenggara yang berjaya menawan puncak Gunung Everest dari bahagian bertentangan dengan Tibet pada 15 Mei 2006.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ekspedisi misi perubatan GEC di Nepal, anda boleh melayari laman web ravieverest.com.
Mariah Ahmad
Mon Apr 27 2015
Ravichandran merupakan pendaki solo pertama dari rantau Asia Tenggara yang berjaya menawan puncak Gunung Everest dari bahagian bertentangan dengan Tibet pada 15 Mei 2006.
Isu pintu sempadan: Imigresen sedia buka kaunter lebih awal
Jabatan Imigresen Malaysia sedia untuk melaksanakan keputusan kerajaan berhubung isu pelajar merentas Sungai Golok menggunakan laluan haram untuk bersekolah di Rantau Panjang, Kelantan.
Masters China: Tang Jie-Ee Wei pamer kebangkitan penuh dramatik sebelum mara ke separuh akhir
Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berjaya melangkah ke separuh akhir Masters China.
Sidang Parlimen: 9 kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa
Persidangan Dewan Rakyat minggu ini menyaksikan sembilan lagi kementerian selesai membuat penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa.
Pasca PRK SG Bakap: Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Abidin Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap pada persidangan Kali kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15 di Georgetown, pada Jumaat.
Keputusan hentikan prosiding terletak pada pendakwa raya
Keputusan untuk meneruskan atau menghentikan prosiding jenayah sepenuhnya berada di bawah kuasa pendakwa raya, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Redza Zakaria, pendakwa raya berhak menghentikan pendakwaan pada mana-mana peringkat perbicaraan selagi tiada keputusan muktamad oleh mahkamah.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Redza Zakaria, pendakwa raya berhak menghentikan pendakwaan pada mana-mana peringkat perbicaraan selagi tiada keputusan muktamad oleh mahkamah.
[TERKINI] Kes buli UPNM: Perkembangan pendakwaan di mahkamah
Seorang Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas dakwaan mencederakan rakan pelatih junior dengan memijak perut memakai 'spike boot'.
Selangor belum terima maklum balas perkembangan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak polis berhubung perkembangan siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim.
Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.
Konflik Rusia-Ukraine: Eropah siap siaga hadapi Perang Dunia Ketiga
Eropah sedang siap siaga untuk menghadapi peperangan lebih besar selepas Ukraine melancarkan misil jarak jauh buatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia yang telah mencetuskan kemarahan Moscow.
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
Tiada keperluan DAP adakan mesyuarat bincang Muktamar PAS - Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tidak ada keperluan untuk parti itu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
Misi Bantuan Perubatan GEC selamat, kini ke perkampungan Kartika
Pengamal perubatan selamat merawat 180 pesakit di perkampungan Chanaute dan kini bergerak ke perkampungan Kartika.
Kembara lapan pengamal perubatan Malaysia di Nepal bermula
Tujuh doktor bertauliah bersama seorang pembantu klinikal daripada seluruh Malaysia yang sertai Misi Bantuan Perubatan GEC di Nepal.
Gempa Nepal: Misi perubatan fokus di kawasan pergunungan - Ravi
Kelab Ekspedisi Global (GEC) di bawah misi perubatan ke Nepal akan lebih memberi fokus untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi di kawasan penggunungan di sana.