Gempa Sabah: JBPM Sabah gerak operasi menyelamat pendaki di Gunung Kinabalu
Ketika ini terdapat kira-kira 195 pendaki dan 43 jurupandu yang masih terperangkap di Gunung Kinabalu.
Astro Awani
Fri Jun 05 2015
Salah seorang pendaki yang dikenali sebagai Charlene turut memuatnaik di laman Facebook keadaan dirinya dan kawan-kawannya di Gunung Kinabalu - Sumber Foto Facebook
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Sabah telah menggerakkan operasi mencari dan menyelamat pendaki-pendaki di Gunung Kinabalu yang terperangkap susulan gempa berukuran 6.0 pada pagi Jumaat.
Laporan yang diterima JBPM, berlakunya runtuhan batu yang menyebabkan halangan kepada pendaki untuk turun ke kawasan yang lebih selamat.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat Sabah, Zuraidah Latip berkata ketika ini terdapat lebih 195 pendaki dan 43 jurupandu di Gunung Kinabalu.